LAWATAN KSU KETTHA KE UNIT PAMERAN BERGERAK CETREE SEMPENA SESI DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50) DAN GREEN TECHNOLOGY MASTER PLAN (GTMP) MALAYSIA
MINDEN, 9 MAC 2018 – Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE telah dikunjungi oleh Yang Berbahagia, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Lawatan ini adalah merupakan lawatan rasmi yang telah dijadualkan bersempena program Road Tour KSU KeTTHA dalam sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Green Technology Master Plan (GTMP) Malaysia yang telah dijalankan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia (USM).
USM telah dipilih oleh KeTTHA menjadi hos program bersama Malaysia Green Tech Coorperation (MGTC) dalam membantu KeTTHA bagi menyebarkan informasi dan maklumat berkaitan Teknologi Hijau yang terkandung di dalam Green Technology Master Plan (GTMP) Malaysia kepada seluruh golongan masyarakat seperti pelajar, pekerja sektor swasta, pekerja sektor kerajaan dan golongan profesional dalam mentransformasikan minda ke arah wawasan 2015 atau TN50.
Pada masa yang sama, Yang Berbahagia, Dato’ Seri Ir. Dr. KSU KeTHHA turut diberikan maklumat ringkas tentang pencapaian CETREE dan selari dengan halatuju dalam Green Technology Master Plan (GTMP) Malaysia. Di samping itu juga, Yang Berbahagia, Dato’ Seri Ir. Dr. KSU KeTHHA berkesempatan melihat kit-kit hands on yang terdapat dalam kenderaan dan melakukan demonstarsi pengisian minyak masak tulen kedalam kenderaan Unit Pameran Bergerak CETREE.
Dalam program lawatan Yang Berbahagia, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) KeTTHA ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE, beliau turut diiringi bersama Prof. Madya Dr. Mohd. Wira bin Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE, Profesor Dr. Haslan bin Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu merangkap Penasihat CETREE dan Prof. Dr. Nor Azazi bin Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan, USM.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Hazwan Hafiz Abdul Halim