CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

LAWATAN KUNJUNG BANTU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG (JPNPP) BAGI PROGRAM KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BERSAMA WARGA JPNPP

GELUGOR, PULAU PINANG, 19 JULAI 2022 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS telah mengadakan lawatan ke tapak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Tujuan utama perjumpaan ini ialah untuk mendapatkan data berkenaan penggunaan bil elektrik, keluasan kawasan bagunan di JPNPP dan kadar penggunaan kemudahan peralatan elektrik di setiap sektor. Sehubungan dengan itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memantau kawasan yang bersesuaian bagi menjalankan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program serta pembukaan Unit Pameran Bergerak di kawasan berdekatan.

Sesi lawatan ini bermula dengan pembentangan data penggunaan bil elektrik dan penerangan ringkas mengenai senarai kemudahan daripada pihak JPNPP. Hasil daripada pembentangan data ini, pihak CETREE telah mendapat maklumat dan penerangan yang diperlukan bagi melancarkan pelaksanaan program Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga bersama warga JPNPP. Selepas itu, sesi diteruskan dengan kunjungan ke setiap sektor JPNPP yang terdapat di blok Tanjung dan Bagan. Sesi lawatan ke setiap pejabat sektor JPNPP adalah bertujuan untuk memantau penggunaan kemudahan peralatan elektrik sewaktu tempoh berkerja. Oleh itu, kunjungan ini akan membantu pihak CETREE dalam merangka alternatif untuk membantu warga JPNPP bagi menerapkan amalan Kecekapan Tenaga di pejabat dan dalam kehidupan seharian.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, CGSS, Prof. Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM, En. Syafiq Saifullah Azmi, Teknikal CETREE, USM, En. Muhammad Aiman Lukqman, Pelatih Siswa, CETREE USM dan Yik Shen, Pelajar Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM merupakan wakil daripada pihak USM. Manakala, pihak JPNPP diwakili oleh Tn. Huzaimi bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan JPNPP, Pn. Che Haslina binti Che Mamat, Penolong Pegawai Tadbir, Sektor Pengurusan JPNPP, En. Muhammad Farid Bin Sahli, Penolong Pegawai Tadbir, Sektor Pengurusan JPNPP, dan Cik Siti Aisyah binti Zainudin, Penolong Jurutera, Sektor Pengurusan JPNPP.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama pihak CETREE dan pihak JPNPP di hadapan blok Tanjung sebelum beransur pulang ke USM.

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.