CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • LAWATAN RASMI NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KE PUSAT PEMINDAHAN ILMU TORAY-USM TAHUN 2017

LAWATAN RASMI NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KE PUSAT PEMINDAHAN ILMU TORAY-USM TAHUN 2017

GELUGOR, 14 Mac 2017- Yang Berbahagia. Naib Canselor (YBhg. NC) USM yang ketujuh, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail FASc telah menghadiri satu lawatan rasmi dan kunjungan hormat pertama ke pejabat-pejabat di Bangunan Pusat Pemindahan Ilmu TORAY-USM selepas dilantik sebagai NC USM pada penghujung tahun 2016. Lawatan kerja rasmi yang berlangsung pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tersebut juga telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di USM.

DSC02902

Lawatan rasmi YBhg. NC diiringi oleh Profesor Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu TORAY-USM bersama pegawainya bertujuan mendekati dan memahami dengan lebih dekat dan mendalam setiap pusat tanggungjawab yang beroperasi di bangunan tersebut. Pelbagai pandangan dan nasihat turut sama dilontarkan oleh beliau kepada semua Pengarah dan Ketua di setiap pusat tanggungjawab yang beroperasi di bangunan tersebut.

DSC02905

CETREE merupakan destinasi pusat tanggungjawab yang pertama dalam sesi lawatan kerja oleh YBhg. NC pada hari tersebut. Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE telah mengiringi dan memberikan maklumat serta penerangan ringkas berkaitan, aktiviti, seminar serta program yang sedang dan telah dijalankan CETREE kepada USM dan negara.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi

DSC02899

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.