CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK BATU LAPAN, SIK, KEDAH KE CETREE>

MINDEN, 23 Mei APRIL 2016 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) dikunjungi oleh rombongan pelajar – pelajr daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan, Sik, Kedah. Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi pelajar – pelajar jurusan Sains dan Seni yang diketuai oleh Encik Mohd Syukri Kamis, Kaunselor Cemerlang SMK Batu Lapan dan 30 orang pelajar.

2016 05 23 10.27.31

Objektif utama lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi berkaitan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian. Disamping itu juga, lawatan sambil belajar ke Karnival Seni USM (RINTIS) turut dirancang bagi mengambil kesempatan apabila telah berada di Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, lawatan tersebut, dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka mengenai Tenaga yang Tidak Boleh Baharu dan Tenaga Boleh Baharu serta Kecekapan Tenaga bagi penggunaan lestari dalam persekitaran di Malaysia.

2016 05 23 09.48

2 slot pengisian program telah ditetapkan sepanjang lawatan tersebut. Antaranya sesi taklimat serta sesi soal jawab dan diikuti dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT. Maklumbalas positif yang diterima daripada pelajar - pelajar amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama bersama CETREE&GT dapat dicapai pada masa akan datang.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.