IPOH, PERAK, 23 NOVEMBER 2023 – Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) , Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama teknikal-teknikal negeri sebagai peneraju utama telah berjaya menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat negeri Perak. Majlis ini diadakan di Royal Perak Golf Club, Ipoh, Perak pada 22 November 2023 bermula jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Majlis anugerah ini bertujuan bagi memberikan penghargaan kepada pencapaian dan usaha murid-murid dan sekolah cemerlang di seluruh negeri Perak dalam keterlibatan secara langsung dalam menyertai pertandingan Kokurikulum, Pasukan Badan Beruniform, Koakademik, STEM, Kelab & Persatuan dan Kesenian peringkat negeri dan kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan ataupun agensi-agensi kerajaan sepanjang tahun 2023.
Selain daripada itu, terdapat juga penghargaan yang diberikan khas kepada agensi-agensi kerajaan yang merupakan rakan kerjasama kolaberasi bersama Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) , Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sepanjang tahun 2023. Antaranya seperti CETREE, CGSS, USM, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak, RSB Taekwondo Club, St. John Ambulans Malaysia Perak, Persatuan Pandu Puteri Perak, Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Perak, Pesekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Perak, Formula One in Schools Malaysia dan Aspire Dynamic.Turut diserikan dengan kehadiran YBhgia. Dato’ Mohamad Fauzi Majson, D.P.M.P., A.M.P, Pengarah Pendidikan negeri Perak, Encik Zulkafli Mohamed Mokhtar, P.M.P., Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan negeri Perak, Puan Zuraini Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia, Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pegawai-pegawai di bawah Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) , Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE