CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN TABLET EMPOWERNCER: AKADEMIK PULAU PINANG

MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN TABLET EMPOWERNCER: AKADEMIK PULAU PINANG

 IMG 0345

USM, Pulau Pinang, 24 Julai 2020 – Program empowerNCER: Akademik Pulau Pinang merupakan salah satu program berfokuskan untuk meningkatkan dan memperkasakan komuniti melalui program akademik sebagai langkah untuk menyeimbangkan jurang taraf social masyarakat melalui objektifnya iaitu menyediakan pendidikan holistik kepada gologan B40 untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan kemahiran insaniah. Program ini dilaksanakan oleh USAINS Group Holding Sdn. Bhd. dengan kerjasama dan mandat yang diberikan oleh Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) bagi merealisasikan sasaran dan objektif sebenar program tersebut.

 IMG 0426  WhatsApp Image 2020 07 24 at 5.01.15 PM  WhatsApp Image 2020 07 24 at 5.01.16 PM

Antara objektif dan sasaran Program empowerNCER: Akademik Pulau Pinang adalah memanfaatkan sumber dan tenaga sedia ada di USM dengan kemahiran tertentu bagi memberi bimbingan secara professional kepada murid melalui program dan aktiviti terancang yang berimpak tinggi, menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang sistematik serta mengikut silibus terkini melalui pemantauan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, membimbing murid menerusi pendekatan coaching dan mentor-mentee dalam usaha membentuk generasi muda yang dinamis, intelek dan berakhlak mulia bersemangat kental. Seiring dengan objektif utama CETREE dalam memberi kesedaran, latihan dan pendidikan kepada seluruh komuniti di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan kemahiran insaniah berkaitan kecekapan tenaga dan Teknologi Hijau yang turut sama dijemput bagi memeriahkan program tersebut dengan menyediakan pameran hand’s on dan berkaitan dengan STEM.

Pelbagai pengisian program yang telah dirancang sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya ucapan daripada pihak NCER dan USM, tayangan video program, majlis penyerahan sijil kolaborasi, majlis penyerahan tablet kepada sekolah-sekolah terpilih, indoor exhibition oleh CETREE, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Pusat Pengajian Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Kimia. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para tetamu jemputan, pengurusan USM dan pihak sekolah yang terpilih sekitar negeri Pulau Pinang turut sama memeriahkan program tersebut.

 IMG 0378  IMG 0403  IMG 0387

Menurut Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, menjadi tanggungjawab USM untuk sentiasa bersedia menyumbang dalam apa juga bentuk kepakaran yang dimiliki bukan sahaja untuk pembangunan pendidikan di negara ini, malah mengenalpasti ruang dan peluang membantu komuniti dari akar umbi demi kesejahteraan masa depan negara.

 WhatsApp Image 2020 07 27 at 5.51.32 PM

Tambah beliau, “Inilah salah satu tanggungjawab besar digalas oleh USM bagi memastikan golongan B40 di luar sana sentiasa diberi peluang memperoleh pendidikan yang sempurna agar mereka mampu menjadi insan yang berpotensi sebagai pelapis pemimpin negara di masa hadapan,” katanya ketika hadir mewakili Naib Canselor USM bagi merasmikan majlis seterusnya menyerahkan tablet buat murid-murid.

Di akhir program ini, sesi bergambar dan penyerahan tablet empowerNCER: Akademik Pulau Pinang kepada murid-murid calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kategori B40 dari 8 buah sekolah terpilih sekitar negeri Pulau Pinang sebagai bukti usahasama kerjasama diantara USM dan NCIA memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus dilaksanakan secara lebih menarik dan efektif buat murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM dengan diiringi oleh Encik Zuhairi Mohmad, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, mewakili Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

 IMG 0357

Kemeriahan program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ikon program empowerNCER: Akademik USM-NCER, Ahmad Fedtri Yahya yang merupakan selebriti pengacara TV3 dan Alumni USM turut sama memeriahkan program tersebut. Turut sama hadir adalah Encik Farid Wajidi Mat Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan Usains, Prof. Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail, Dekan PPIP, Encik Syed Yusof Syed Kechik, Pengarah Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM dan Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Hjh. Azizah Paijo.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi / https:news.usm.my
Foto: Mohd Rodzi Abd. Razak

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.