CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

MAKMAL BERKAITAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS, SDG) - THE WAY FORWARD AND ISSUES, CHALLENGES & PROSPECT OF SUSTAINABILITY DEVELOPMENT - CLIMATE CHANGE / RENEWABLE ENERGY

KOTA KINABALU, SABAH, 12 MEI 2024 – Telah berlangsung dengan jayanya, satu makmal yang telah dijalankan di Taman Kinabalu, Sabah. Makmal ini berlangsung selama 10 hari bermula pada 2hb dan berakhir pada 11hb Mei 2024. Makmal ini merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Sabah dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang dikelolai oleh The Sabah Parks. Makmal ini merupakan hasil kerjasama bersama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia sebagai panel pakar utama dan rujukan dalam menjayakan makmal latihan memfokuskan ke arah kelestarian yang bertajuk Sustainable Development Goals - The Way Forward and Issues, Challenges & Prospect of Sustainability Development - Climate Change / Renewable Energy. Makmal ini turut dihadiri oleh Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sebagai tetamu jemputan sempena pelaksanaan makmal ini. Dalam ucapan beliau, turut menyatakan bahawa kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan Pusat Pembangunan Kelestarian bagi memfokuskan kepada perlindungan dan pemuliharaan taman-taman di negeri Sabah. Selain itu juga, pusat ini dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran dikalangan pegawai-pegawai daripada agensi-agensi yang bertanggungjawab membuat penyeliaan dan masyarakat setempat yang umumnya telah menyedari bahawa taman Sabah telah diiktiraf sebagai kawasan UNESCO. Sekaligus, ia dapat memberikan manfaat keseluruhan penempatan di kawasan taman Sabah kearah pembangunan sosioekonomi kelestarian setempat. Datuk Christina Liew, turut menyarankan agar masyarakat setempat di sekitar Taman Kinabalu, Hutan Simpanan Biosfera Banjaran Crocker, dan Geopark Global Kinabalu untuk sama-sama mengambil peluang dengan memanfaatkan sepenuhnya ilmu kelestarian dalam makmal ini.

Lebih 25 buah agensi yang turut sama terlibat sebagai peserta kepada makmal yang dijalankan ini. Antara seperti Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah, Pusat Perhutanan Sabah, Jawatankuasa Pembangunan Hutan Sabah, Pusat Pertanian dan Saliran Sabah, Majlis Bandaraya Kota Kinabalu, Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah Ranau, Penampang, Tuaran dan Papar serta pegawai-pegawai daripada Sabah Parks yang turut dihadiri sendiri oleh Dr. Maklarin Lakim, Pengarah Sabah Parks. Makmal berkaitan kelestarian yang berlangsung selama 10 hari ini dipimpin oleh pakar-pakar Kelestarian yang dijemputkan khas daripada Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sayuti Hassan, Timbalan Pengarah, Pusat Rancangan Kokurikulum, Prof Madya Dr. Ng Theam Foo, Pensyarah Kanan, Encik Muhammad Safiuddin Rosli, Pegawai Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dan Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE). Pelbagai aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Antaranya seperti ceramah, aktiviti hand's on dalam kumpulan dan sesi perkongsian ilmu daripada agensi yang bertanggungjawab berkaitan taman Sabah.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi / Cik Nurul Adlin Huda Marpizan
Foto : Dr. Mohd Sukri Shafie

 

 

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.