BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR, 3 – 5 APRIL 2023 – Makmal Pemurnian Instrumen & Perancangan Implementasi Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak telah berjaya dijalankan bermula pada 3 hingga 5 April 2023 di Kuala Lumpur. Tujuan utama makmal ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti, semakan dan perancangan dengan lebih terperinci berkaitan perjalanan Program Tunas Hijau Fasa III yang akan dilaksanakan bermula pada bulan Julai 2023 di negeri Perak.
Pelbagai cadangan, sesi maklum balas dapat dibincangkan dan dilontarkan oleh panel-panel pakar jemputan yang hadir menjadikan modul Program Tunas Hijau Fasa III – Perak sebagai rujukan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini kelak. Antaranya seperti Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, Prof. Madya Dr. Mohd Sayuti Hassan, Timbalan Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, USM, Prof. Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Pusat Pengajian Teknologi Industri, Prof. Madya Dr. Ng Theam Foo, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Dr. Khozema Ahmed Ali, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Encik Shamsir Jemain, Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd E’fa Khadri, Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Zuherly Zolkapali, Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Puan Nor Hana Mohamad Rosli, Pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia, Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE selaku Ketua Projek Program Tunas Hijau Fasa III-Perak dan empat orang sekretariat CETREE iaitu Encik Syafiq Saifullah Azmi, Encik Mohd Rodzi Abd. Razak, Cik Suhairiza Suhaimi, Cik Farah Amira Zainudin.
Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi