MAKMAL PENATARAN KERTAS KONSEP KARNIVAL SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK (STEM) DAN KARNIVAL TENAGA LESTARI PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024
SUNGAI PETANI, KEDAH, 14 MEI 2024 – Satu makmal Penataran kertas konsep Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Karnival Tenaga Lestari peringkat Daerah dan Negeri Kedah tahun 2024 telah dijalankan dengan jayanya bertempat di SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg.Petani, Kedah. Makmal ini yang dikelolai oleh Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE) , Syarikat Masverse Business Analyst, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg.Petani, Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan, Kedah sebagai penganjur bersama dalam menganjurkan makmal sebanyak 12 kategori yang dipertandingkan melibatkan sekolah menengah dan rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan swasta di negeri Kedah pada bulan Ogos 2024. Makmal ini bertujuan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman secara terus kepada pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah serta Pegawai Teknikal Daerah yang dilantik di 9 buah daerah yang terdapat dalam negeri Kedah dapat menjayakan dan menganjurkan karnival sepertimana yang dirancang dalam kalendar Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Makmal ini merupakan julung kalinya yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi memberikan pendedahan dan peluang kepada murid-murid seluruh negeri Kedah dalam pertandingan yang melibatkan aktiviti diluar bilik darjah berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Sebanyak 12 kategori yang akan dipertandingkan di mana 7 kategori merupakan pertandingan yang dibangunankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia manakal 5 kategori lagi merupakan pertandingan oleh dibangunkan oleh CETREE bersama teknikal-teknikal terpilih.
Turut sama menjayakan makmal selama 1 hari ini ialah Encik Mohd Syahril Azahar Abdullah Omar yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Yusof Ismail, Timbalan PPD Pembangunan Murid, PPD Kuala Muda/Yan, Puan Noraini Mohamad Isa, Pengetua, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg.Petani, Kedah, Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik Kanan, CETREE, CGSS, USM dan Encik Richard Chew, Masverse Business Analyst. Makmal diakhiri dengan sesi demonstrasi, sesi soal jawab dan bergambar sebagai kenangan.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Muhammad Firdaus Hakimi Mohd Nordin