CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

MESYUARAT KEMAJUAN, PENCAPAIAN DAN PERANCANGAN AKTIVTI TAHUN 2024 PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU FASA III - PERAK

IPOH, PERAK, 5 MAC 2023 – Bertempat di Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, satu perjumpaan mesyuarat diadakan bagi melaporkan kemajuan, pencapaian serta perancangan aktiviti tahun 2024 Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III (PSTHF3) – Perak. Mesyuarat dihadiri oleh Sekretariat CETREE CGSS USM diketuai oleh Dr Mohd Sukri Shafie serta salah seorang panel pakar projek Encik Zuherly Zolkapali Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM) JPN Perak, Dr. Nor Haslan Nor Zaman dan pegawai-pegawai UPBM, JPN Perak.

Terdapat beberapa perkara yang berbangkit sepanjang 1 tahun tempoh pelaksanaan mengikut operasi yang telah dapat diputuskan dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak dan sasaran program juga telah ditetapkan bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan pengurangan sisa plastik sekali guna dalam kalangan warga sekolah, serta mengurangkan sisa plastik sekali guna di 125 buah sekolah terpilih dari semua 12 buah daerah di negeri Perak.

Terdapat pelbagai kemajuan semasa telah dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya seperti penganjuran Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III (PSTHF3) – Perak dan Makmal Tunas Hijau bersama Komander (guru pembimbing), penyerahan manual PSTHF3, badge junior dan komander, penyaluran seed money kepada sekolah-sekolah PSTHF3, kunjung bantu secara bersemuka dan juga dalam talian kepada sekolah-sekolah yang terpilih, penyerahan sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada peserta secara dalam talian pada setiap sekolah dan akhir sekali penyampaian hadiah berbentuk fizikal kepada pemenang 5 buah sekolah terbaik Operasi Alpha.

Perkembangan yang positif juga dapat dilihat dengan perbezaan pemenang-pemenang dalam kedudukan 5 terbaik yang terbaru melalui pelaksanaan Operasi Beta yang melibatkan misi-misi baru yang perlu diselesaikan oleh Ejen Tunas Hijau. Hal ini sekaligus mencerminkan budaya persaingan yang sihat dalam pertandingan demi mencapai hasrat utama program iaitu “Kearah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna Dalam Kalangan Warga Sekolah”. Disamping itu juga, mesyuarat turut membincangkan hal-hal berkaitan operasi seterusnya bagi menilai pemahaman dan pelaksanaan ejen-ejen Tunas Hijau bagi melayakkan mereka mencapai taraf Ejen Khas melalui penyelesaian misi-misi yang telah dikenalpasti. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.

Teks : Muhammad Firdaus Hakimi / Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Muhammad Firdaus Hakimi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin