MINGGU "GO GREEN" GOTONG ROYONG PERDANA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TAHUN 2017
SUNGAI PETANI, 17 Mac 2017- Program Go Green gotong-royong Perdana anjuran Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah berlangsung pada 12 Mac hingga 16 Mac 2017 dengan kerjasama empat Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa SIG13-Kelestarian Persekitaran, Jawatankuasa EKSA-IPG Lestari, Jawatankuasa Budaya Institut dan Jawatankuasa Kafeteria. Program yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim Asman, Pengarah IPGKSAH itu melibatkan semua pensyarah, pelajar dan staf sokongan IPGKSAH.
Puan Noraimi Abdul Rahman, Penyelaras SIG13 ketika ditemu bual berkata “Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada warga IPGKSAH tentang kelestarian dan kepentingan menghargai alam sekitar serta memberi kesedaran wujudnya agensi seperti CETREE yang turut sama memainkan peranan ke arah kelestarian alam sekitar”.
Dr. Azman Jusoh, Timbalan Pengarah IPGKSAH telah merasmikan Majlis Penutupan Program tersebut pada 16 Mac 2017. Semasa majlis penutupan berlangsung, CETREE telah dijemput bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi kiosk-kiosk Teknologi Hijau, edaran risalah-risalah berkaitan Kecekapan Tenaga dan lawatan ke Unit Pameran Bergerak turut dijalankan.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil ( Pelajar Internship PP Komunikasi USM)