Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

MINGGU KECEKAPAN TENAGA BERSAMA KAMPUS SEJAHTERA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MINDEN, APRIL 2016 - Minggu Kecekapan Tenaga merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh Sukarelawan Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh warga kampus berkaitan kecekapan tenaga. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE & GT) merupakan pusat kecemerlangan yang diberikan amanah dan tanggungjawab oleh USM dalam membantu Sukarelawan Kampus Sejahtera serta memberi kesedaran berkaitan kecekapan tenaga kepada seluruh warga kampus .

IMG 20160418 WA0005

Pelbagai maklumbalas positif yang diterima daripada pelajar – pelajar USM berkaitan program yang dilaksanakan ini. Ilmu pengetahuan dan kesedaran secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri pelajar – pelajar USM yang berkunjung serta melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Sukarelawan Kampus Sejahtera. 

13006450 631715413651207 4214549793796135363 n

Program berlangsung selama dua hari di mana terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi merialisasikan hasrat Profesor Dato’ Dr. Omar Osman , Naib Canselor USM dalam saranannya kepada semua warga kampus agar mengamalkan penjimatan tenaga di USM. Antaranya ialah Diskusi, Talk Series “Kelestarian Kluster Tenaga” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Bin Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE&GT, Kuiz, Speaker Corner dan Pameran ( Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT).