MINGGU KESEDARAN TENAGA DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
GELUGOR, 25 Oktober 2017 - Minggu Kesedaran Tenaga merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh Sekretariat Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh warga kampus berkaitan kecekapan tenaga. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) merupakan pusat yang bertanggungjawab membantu Sekretariat Kampus Sejahtera serta memberi kesedaran berkaitan kecekapan tenaga kepada seluruh warga kampus .
Pelbagai maklumbalas positif yang diterima daripada para pelajar USM berkaitan program yang dilaksanakan ini. Ilmu pengetahuan dan kesedaran secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri para pelajar USM yang berkunjung serta melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Sekretariat Kampus Sejahtera.
Program yang berlangsung selama sehari di mana terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi merealisasikan hasrat Naib Canselor USM dalam saranannya kepada semua warga kampus agar mengamalkan penjimatan tenaga elektrik di USM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Diskusi, Kuiz, Speaker Corner dan Pameran (Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE).
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto: Mohd Hazwan Abdul Halim