Skip to main content

CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK BERAPIT, JALAN BERAPIT, B.MERTAJAM, P.PINANG TAHUN 2017

BUKIT MERTAJAM, 7 April 2017 - SMK Berapit Bukit Mertajam telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik Peringkat Sekolah pada 3 hingga 7 April 2017. Program yang telah berlangsung itu melibatkan semua murid sesi pagi dan petang serta seluruh warga sekolah.

 {youtube}zQ1DqRxh15Q{/youtube}

Pameran CETREE yang diadakan di perkarangan dewan SMK Berapit bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan seluruh warga SMK Berapit Bukit Mertajam mengenai Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi Hijau.

P 20170406 110920

Sepanjang pameran tersebut berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah taklimat serta ceramah berkaitan kesedaran Teknologi Hijau, demonstrasi Kit Hands-on seperti, Radiometer yang menerangkan tentang kelebihan penggunaan warna cerah dalam sektor bangunanPenggunaan dan pemilihan lampu yang memberi gambaran serta pendedahan kepada murid-murid tentang perbezaan penggunaan tenaga elektrik diantara lampu pijar dengan lampu LED. Kincir angin yang memberi gambaran dan pendedahan kepada murid – murid tentang bagaimana tenaga elektrik dapat dijana melalui Tenaga Angin.

20170406 095659

Pendedahan melalui kaedah “kit Hands-on” ini secara tidak langsung telah memberikan serba sedikit gambaran jelas melalui aktiviti diluar kelas tentang Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Baharu kepada murid-murid dan seluruh warga SMK Berapit.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil ( Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

 IMG 20170410 WA0018