CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2019, SG.PETANI, KEDAH

Sungai Petani, Kedah, 5 Ogos 2019 – Minggu Sains Negara peringkat negeri Kedah tahun 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir. Program tersebut yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 3 sehingga 4 Ogos 2019 bertempat di Riverfront City, Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah. Penganjuran minggu sains tersebut diterajui oleh agensi dibawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) iaitu daripada Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau).

 IMG 20190804 103123IMG 20190804 102752

Pelbagai aktiviti menarik daripada agensi di bawah MESTECC dan agensi swasta turut sama menjayakan dan memeriahkan pengunjung sepanjang program itu berlangsung antaranya seperti pameran, pertandingan, ev fun ride, coffee run, waste to wealth, zumba dan aktiviti jualan. Aktiviti – aktiviti ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh negeri Kedah dan ibu bapa yang hadir ke program tersebut yang bertemakan Sains Untuk Kesejahteraan. Secara tidak langsung, penganjuran minggu sains Negara ini dapat memberi wadah penyebaran maklumat yang terbaik melalui pelbagai pendekatan yang komprehensif bagi meningkatkan kesedaran berkaitan Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta menjadi platform yang efektif dalam kehidupan seharian.

 IMG 20190803 102541

Dalam masa yang sama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) turut sama dijemput bagi mengadakan pameran Teknologi Hijau dan beberapa aktivti yang melibatkan pertandingan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Roller Bottle, 3R, Solar Car dan Solar Boat . Setiap aktiviti ini mempunyai memberikan pendedahan ilmu yang berbeza. Contohnya dari segi kefahaman pelajar berkaitan ilmu Tenaga Boleh Baharu, teknikal pemasangan aktiviti yang melibat Tenaga Solar, Pengurusan Sisa Pepejal dan konsep sains (daya elastik). Sebanyak 4 buah sekolah menengah terpilih dari seluruh negeri Kedah telah mengikuti program ini. Antaranya seperti SMK Ibrahim, SMK Seri Ampang, SMK Agama Yan dan SMK St. Theresa.

 WhatsApp Image 2019 09 11 at 6.14.56 PMIMG 20190803 094523

Turut hadir bersama ialah Pegawai Meja Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Zuherly Zolkapali. Setiap kumpulan/sekolah (20 orang) wajib menyiapkan 4 aktiviti yang telah disediakan oleh pihak CETREE. Masa pertandingan diperuntukkan selama 2 jam. Sambutan keriangan dan kesungguhan pelajar-pelajar yang bertanding dapat dilihat di wajah mereka sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Johan keseluruhan bagi aktiviti yang dijalankan ini telah dinobatkan kepada SMK Seri Ampang, naib johan daripada SMK St. Theresa, tempat ketiga daripada SMK Agama Yan dan tempat keempat SMK Ibrahim. Pemenang keseluruhan akan dinilai berdasarkan kepantasan masa semua aktiviti yang telah disiapkan dan kebolehfungsian aktiviti tersebut.

 IMG 1748IMG 20190803 121403WhatsApp Image 2019 09 11 at 6.13.56 PMWhatsApp Image 2019 09 11 at 6.13.55 PM

Sesi pertandingan dimulakan dengan ucapan aluan dan pengisian minggu sains Negara oleh Tuan Haji Badrol Hisham Mohd Nowani, wakil pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia. Seterusnya taklimat pertandingan yang diberikan oleh Encik Syafiq Saifullah Azmi, wakil pegawai daripada CETREE bagi melancarkan dan memudahkan perjalanan pertandingan tersebut. Sesi penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh wakil pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia, Tuan Haji Badrol Hisham Mohd Nowani dan Encik Reduan bersama-sama wakil pegawai daripada CETREE, Dr. Mohd Sukri Shafie.

 WhatsApp Image 2019 09 11 at 6.01.54 PM 4IMG 20190803 105800IMG 20190803 141341

Kemeriahan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Kedah tahun 2019 diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan diiringi oleh Yang Berhormat Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) ke majlis tersebut. Para jemputan tetamu kehormat turut sama diberikan taklimat dan lawatan ke booth-booth pameran serta menyampaikan hadiah dan serta sijil kepada pemenang-pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan sepanjang 2 hari minggu sains Negara ini dijalankan.Turut sama hadir adalah Encik Amin Abdullah, Ketua Pegawai Eksutif YaHijau dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.