CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

MINGGU SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) SMK DATO' LELA PAHLAWAN

PADANG SERAI, KEDAH 4 OKTOBER 2022 – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan telah mengadakan Minggu STEM hasil anjuran Jabatan Sains dan Matematik bersama Jabatan Teknik dan Vokasional sekolah pada tahun ini. Minggu STEM yang dianjurkan beteraskan tema Teknologi Merentas Kluster. Sehubungan itu, tujuan utama minggu STEM ini diadakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan ke arah negara maju 2050.
Selain itu, pihak sekolah juga telah menyediakan beberapa aktiviti yang interaktif untuk memastikan keterlibatan murid dalam pertandingan dan bengkel yang disediakan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu STEM ialah pertandingan roket air, pertandingan solar cooking, ceramah vape, soduku dan explorace. Semua aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap subjek STEM seperti Matematik, Sains, Perniagaan, Robotik dan lain-lain. Tambahan pula, pihak sekolah telah menyediakan ceramah inovasi yang disampaikan oleh Dr. Ihsan Ismail, Timbalan Ketua Seketariat (Teknikal), Seketariat Dasar Pendidikan Digital, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pameran inovasi yang dijalankan di Dewan Pahlawan juga menjadi tumpuan murid-murid semasa minggu STEM berlangsung. Tujuan utama aktiviti pameran inovasi ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap inovatif, lebih berdikari dan memberi galakkan kepada murid dalam menceburi bidang STEM. Beberapa sekolah telah dijemput untuk membuka pameran anataranya ialah Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Sekolah Menengah St. Anne’s Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.

Pihak CETREE juga telah dijemput untuk berkongsi ilmu berkenaan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga. Unit Pameran Bergerak (UPB) telah dibuka dan pelbagai model hand's-on disediakan untuk para pengunjung. Penggunaan tenaga solar dan minyak masak sebagai sumber utama UPB untuk berfungsi telah berjaya menarik minat warga sekolah untuk memahami konsep Tenaga Boleh Baharu. Di samping itu, warga sekolah juga telah didedahkan tentang amalan Kecekapan Tenaga yang membantu kita dalam mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan individu tersebut.

Minggu STEM yang berlangsung selama lima hari ini berjalan dengan lancar. Pihak CETREE berharap agar pameran yang disediakan dapat membantu pihak sekolah dalam merealisasikan objektif pelaksanaan minggu STEM tahun ini.

Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.