CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

"MYDIGITALMAKER FAIR "MAIREKA@KEDAH 2023"

SUNGAI PETANI, KEDAH, 22 SEPTEMBER 2023 - Kedah Digital Centre (KDC) sebagai Pusat Latihan Digital Maker HUB (DMH) bersama Kerajaan Negeri Kedah di bawah portfolio EXCO Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah telah berjaya menjalankan program bersama sekolah-sekolah pilihan sekitar negeri Kedah. Program yang dikenali sebagai "MyDIGITALMAKER FAIR "MaiREKA@Kedah 2023" merupakan program yang disasarkan kepada murid-murid sekolah menengah pilihan di negeri Kedah dengan pelbagai segmen berbentuk bengkel, seminar dan pertandingan yang disampai sepanjang 1 hari bersama seluruh warga sekolah. Kali ini bertarikh 21 September 2023 bertempat di SMK Aman Jaya, Sg. Petani, Kedah CETREE ,CGSS, USM dijemput oleh KDC bersama rakan-rakan strategik digital yang lain seperti Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah, Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra, Kedah, Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Kedah Digital Centre (KDC) dengan berhasrat untuk mencapai objektif utama MaiREKA@Kedah 2023" seperti menggalakkan percambahan idea kreatif dan inovasi di kalangan murid, memberi kesedaran dn memupuk minat para murid melalui peluan kerjaya dalam bidang teknologi digital dan Revolusi Industri 4.0, meningkatkan kompetensi para pendidik dalam menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran.



Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh rakan-rakan strategik digital. Antaranya seperti Web Tanpa Koding, Thinker CAD & 3D Printer, Canva Presentation, Keusahawanan Digital, Line Follower, Ceramah Kerjaya, Sumo Robot, Drone, Empowering Electronic, Ai dan Scratch. Manakala CETREE, CGSS, USM tidak terkecuali dalam membantu dalam memberikan input yang berguna kepada murid-murid SMK Aman Jaya yang diketuai oleh Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE melalui Ceramah Pengenalan dan Penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian, aktiviti berkumpulan secara hand's on dengan permainan cabaran Tenaga dan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE.

MaiREKA@Kedah 2023 di SMK Amanjaya di ketuai oleh penyelaras program daripada KDC iaitu Encik Muhammad Hanif Omar Baki dan Encik Wan Muhamad Naim Wan Ahmad manakala pihak sekolah diketuai oleh Puan Nur Safawati Mohd Nor. Manakala jutaan terima kasih kepada pihak Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, JPN Kedah kerana mempermudahkan urusan dengan melibatkan guru dan murid sekolah dalam proses pembelajaran di luar bilik darjah. Turut sama hadir pada program hari tersebut ialah Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang, Pensyarah- Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah, Pensyarah-Pensyarah Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra, Kedah dalam membantu melancarkan program tersebut.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.