CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • PEMINDAHAN ILMU CETREE&GT KEPADA SMK LANGGAR BERKAITAN PEMANTAPAN BUDAYA DENGAN CEKAP TENAGA YANG LESTARI

PEMINDAHAN ILMU CETREE> KEPADA SMK LANGGAR BERKAITAN PEMANTAPAN BUDAYA DENGAN CEKAP TENAGA YANG LESTARI

ALOR SETAR, 8 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah.

2016 08 07 08.33.12

Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, Kedah merupakan sekolah yang keempat telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bagi mengadakan pameran dan demonstrasi yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga. Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, penerangan berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya.

2016 08 07 09.38.21

Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah CETREE&GT, Profesor Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus dan pegawai-pegawai daripada CETREE&GT iaitu Encik Shahrul Fadli Abdul Rahaman, Encik Mohd Rodzi Abdul Razak dan Encik Mohd Hazwan Abdul Halim dan pegawai – pegawai agensi kerajaan yang terlibat dengan pameran sepanjang program tersebut berlangsung

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.