CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • PEMINDAHAN ILMU CETREE&GT KEPADA SMK SIK BERKAITAN PEMANTAPAN BUDAYA DENGAN CEKAP TENAGA YANG LESTARI

PEMINDAHAN ILMU CETREE> KEPADA SMK SIK BERKAITAN PEMANTAPAN BUDAYA DENGAN CEKAP TENAGA YANG LESTARI

SIK, 15 Jun 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah.

IMG 20160620 WA0025

Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah merupakan sekolah yang kedua telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bagi mengadakan ceramah dan pameran yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga.Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya.

IMG 20160620 WA0031

Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah CETREE&GT iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengurus Operasi & Strategik CETREE&GT, Tuan Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani dan diiringi bersama oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Hj. Ahmad Ismail bagi merasmikan program tersebut.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.