PENGALAMAN LANGSUNG AKTIVITI HAND’S ON TENAGA BOLEH BAHARU BERSAMA-SAMA MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TEH,
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, 24 OKTOBER 2023 - Langsung daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Teh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan penganjuran program Kolaboratif berkaitan Tenaga Boleh Baharu (TBB), Kecekapan Tenaga (KT) dan Teknologi Hijau (TH) peringkat sekolah tahun 2023. Program ini merupakan julung kalinya CETREE, CGSS, USM ke SK Bukit Teh bagi melaksanakan program berkaitan aktiviti-aktiviti hand's on bersama murid-murid sekolah berkaitan tema Tenaga. Demografi keluarga murid-murid yang bersekolah di sini merupakan sebilangan besar daripada golongan ibu bapa yang berkerja sendiri seperti bertani, berkebun dan penternak haiwan-haiwan.
Program ini merupakan pengalaman laman langsung kepada murid-murid sekolah kawasan luar bandar mendapat pendedahan secara langsung berkaitan aktiviti-aktiviti yang berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau melalui aktiviti yang dirancang bersama dengan guru-guru sekolah tersebut dan secara tidak langsung menyokong aktiviti STEM yang dijalankan di seluruh sekolah di Malaysia. Selain itu juga, program ini adalah untuk memindahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kesedaran Teknologi Hijau khususnya kepada kesedaran penggunaan tenaga pada masa kini. Pelbagai perkara dan cetusan idea yang dikongsi bersama kepada warga sekolah yang hadir sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya seperti kepentingan Teknologi Hijau pada masa kini dan amalan-amalan berkaitan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga yang diimplementasikan oleh CETREE kepada murid-murid dan warga sekolah.
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program berlangsung, CETREE yang diketuai oleh Encik Syafiq Saifullah Azmi, Ketua Sekretariat CETREE dengan memberikan Ceramah yang bertajuk kenali TH. Bagi aktiviti yang melibatkan murid berkumpulan secara hand's on pula seperti Dam Ular Gergasi TH, Puzzle TBB, Kincir Angin, Kincir Solar, Cabaran TBB&KT dan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau. Manakala pihak sekolah diketuai oleh Puan Mazzuin Mohamad sebagai penyelaras kepada program tersebut yang berlangsung selama sehari iaitu pada hari Isnin bertarikh 23hb Oktober 2023.
Turut terlibat sama hadir pada program hari tersebut ialah Sekretariat CETREE, Guru-Guru SK Bukit Teh, Pentadbir-Pentadbir SK Bukit Teh dan Puan Latifah Md Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Teh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana mempermudahkan urusan dengan melibatkan guru dan murid-muri sekolah dalam proses pembelajaran di luar bilik darjah serta membantu melancarkan program tersebut. Program berakhir dengan sesi pemberian saguhati dan bergambar bersama-sama pentadbir-pentadbir sekolah
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email :