CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • PENGAUDITAN BANGUNAN BAGI PENTAULIAHAN SIJIL PRESTASI TENAGA (SPT) PUPUK KEPRIHATINAN PEMILIK DAN PENGHUNI BANGUNAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI MELAKA

PENGAUDITAN BANGUNAN BAGI PENTAULIAHAN SIJIL PRESTASI TENAGA (SPT) PUPUK KEPRIHATINAN PEMILIK DAN PENGHUNI BANGUNAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 31 Mac 2017- Lawatan Tapak Sesi Kedua Bagi Pentauliahan Sijil Prestasi Tenaga (SPT) bagi Projek KTP-SPT Bangunan Melaka Fasa Ke 8 telah diadakan selama 3 hari bermula 27 hingga 30 Mac 2017. Pusat Pendidikan, Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) serta Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) selaku rakan komuniti bagi program KTP-SPT telah mewujudkan skim Sijil Prestasi Tenaga (SPT) bagi mengawal selia jumlah penggunaan tenaga bangunan.

20170328 124336

Pelaksanaan Sijil Prestasi Tenaga (SPT) ini adalah selaras dengan pelaksanaan di negara-negara maju yang bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan pemilik dan penghuni bangunan tentang bangunan cekap tenaga.Pentauliahan Sijil Prestasi Tenaga (SPT) membawa kepada penarafan bangunan individu sama ada kediaman, komersial atau awam tentang tahap kecekapan bangunan tersebut berkaitan jumlah tenaga yang diperlukan dengan tidak mengabaikan keselesaan dan fungsi bangunan itu terhadap penghuni.

20170328 104741

Sijil Prestasi Tenaga (SPT) melibatkan sembilan buah bangunan kerajaan di negeri Melaka yang telah dikenal pasti. Lawatan tapak bagi proses pengauditan telah memberi tumpuan kepada tiga kriteria utama iaitu penggunaan Indeks Tenaga Bangunan (BEI), ciri-ciri bangunan dan komitmen organisasi.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi dan Norhidayatul Syafiqah Mohd Fadzil ( Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

20170330 111608

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.