PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN TUNAS HIJAU SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA, PPD PERAK TENGAH DALAM PENCAPAIAN OPERASI BETA
PERAK TENGAH, PERAK, 30 APRIL 2024 – Syabas dan tahniah kepada pasukan Tunas Hijau serta guru komander SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota di kawasan PPD Perak Tengah di atas pencapaian dengan prestasi cemerlang dalam Operasi Beta Program Sekolah Tunas Hijau. Pasukan Tunas Hijau SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota dengan memperolehi tempat keempat di antara 125 buah sekolah yang turut serta dalam Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak dan ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih pasukan Tunas Hijau serta guru komander dalam menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam operasi Beta. Dengan kehadiran Encik Syafiq Saifullah Azmi, Ketua Sekretariat CETREE, Cik Farah Amira Zainudin, Pegawai Eksekutif PSTH telah hadir bersama-sama Encik Mohd E’fa Khadri, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Baharuddin Shaid, Timbalan, PPD Sektor Pengurusan Murid, daerah Perak Tengah dan Encik Hj Ahmad Azuwan Hj Ismail, Penolong, PPD Sektor Pembangunan Murid, daerah Perak Tengah serta turut mengiringi tetamu-tetamu yang hadir ialah Encik Hj. Daud Abdul Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota bagi meraikan agen-agen PSTH SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota sebagai pemenang dalam Operasi Beta PSTH.
Sepanjang keberadaan pihak sekretariat di sekolah pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pasukan Tunas Hijau kepada delegasi yang hadir bagi melihat hasil kreativiti dan inovasi pasukan Tunas Hijau dan komander SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota. Antaranya seperti sudut-sudut pameran informasi tentang Program Sekolah Tunas Hijau, kiosk pengumpulan plastik sekali guna, bahan-bahan penghasilan pelbagai barangan dengan menggunakan bahan plastik sekali guna, seperti menggunakan botol sabun pencuci terpakai untuk penanaman hidroponik, menghasilkan alat bantu mengajar dari bahan plastik sekali guna, dan mengubahsuai botol minuman plastik menjadi pasu bunga dan hiasan.
Selain itu, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota juga telah memperlihatkan kebun rumah hijau yang diusahakan oleh pihak sekolah. Diakhir majlis sesi lawatan kunjung bantu ini, sesi penyampaian hadiah diadakan kepada pasukan Tunas Hijau dan guru komander. Bagi Operasi Beta kali ini, Organisasi Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III - Perak memutuskan dengan memberikan hadiah seperti Sijil Pencapaian, Reload Pin TouchnGO dan Plaque kepada 18 orang ejen Pasukan Tunas Hijau dan dua (2) orang guru komander telah disampaikan oleh Ketua Sekretariat CETREE sebagai penghargaan kepada sekolah dan ejen-ejen PSTH Fasa 3-Perak bagi SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi / Cik Nurul Adlin Huda Marpizan
Foto : Cik Nurul Adlin Huda Marpizan
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email :