KINTA UTARA, PERAK, 25 APRIL 2024 - Syabas dan tahniah kepada pasukan Tunas Hijau serta guru komander SMK Jati, Ipoh di kawasan PPD Kinta Utara di atas pencapaian dengan prestasi cemerlang dalam Operasi Beta Program Sekolah Tunas Hijau. Pasukan Tunas Hijau SMK Jati, Ipoh dengan memperolehi tempat ketiga di antara 125 buah sekolah yang turut serta dalam Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak dan ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih pasukan Tunas Hijau serta guru komander dalam menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam operasi Beta. Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, Pegawai Eksekutif Program Sekolah Tunas Hijau, Cik Farah Amira Zainudin dan Sekretariat PSTH merangkap Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah selaku Tenaga Pakar Program Sekolah Tunas Hijau, Encik Zuherly Zolkapali telah hadir bersama-sama Dr. Nor Haslan Nor Zaman, Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak, Encik Zaherien Rahmat Timbalan, PPD Sektor Pembangunan Murid, daerah Kinta Utara dan Encik Roslan Mohd Nor, Penolong, PPD Sektor Pembangunan Murid, daerah Kinta Utara serta turut mengiringi tetamu-tetamu yang hadir ialah Haji Khairunnaim Abdul Samat, tuan Pengetua bagi meraikan warga SMK Jati, Ipoh sebagai pemenang dalam Operasi Beta PSTH.
Sepanjang keberadaan pihak sekretariat di sekolah pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pasukan Tunas Hijau kepada delegasi yang hadir bagi melihat hasil kreativiti dan inovasi pasukan Tunas Hijau dan komander SMK Jati, Ipoh. Antaranya seperti penghasilan pelbagai barangan dengan menggunakan bahan plastik sekali guna, seperti menggunakan botol sabun pencuci terpakai untuk penanaman hidroponik, menghasilkan alat bantu mengajar dari bahan plastik sekali guna, dan mengubahsuai botol minuman plastik menjadi pasu bunga dan hiasan. Pasukan Tunas Hijau sekolah ini turut membawa tetamu yang hadir untuk melihat sudut Tunas Hijau yang mengandungi pelbagai informasi tentang Program Sekolah Tunas Hijau, bahan plastik sekali guna, serta amalan 5R. Diakhir majlis sesi lawatan kunjung bantu ini, sesi penyampaian hadiah diadakan kepada pasukan Tunas Hijau dan guru komander. Bagi Operasi Beta kali ini, Organisasi Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III - Perak memutuskan dengan memberikan hadiah seperti Sijil Pencapaian, Reload Pin TouchnGO dan Plaque kepada 18 orang ejen Pasukan Tunas Hijau dan dua (2) orang guru komander telah disampaikan oleh Penyelaras CETREE sebagai penghargaan kepada sekolah dan ejen-ejen PSTH Fasa 3-Perak bagi SMK Jati, Ipoh. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi / Cik Nurul Adlin Huda Marpizan
Foto : Cik Nurul Adlin Huda Marpizan