LARUT MATANG DAN SELAMA, PERAK, 26 APRIL 2024 - Syabas dan tahniah kepada pasukan Tunas Hijau serta guru komander SMK Pengkalan Aur di kawasan PPD Larut Matang Dan Selama di atas pencapaian dengan prestasi cemerlang dalam Operasi Beta Program Sekolah Tunas Hijau. Pasukan Tunas Hijau SMK Pengkalan Aur dengan memperolehi tempat pertama (Johan) di antara 125 buah sekolah yang turut serta dalam Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak dan ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih pasukan Tunas Hijau serta guru komander dalam menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam operasi Beta. Sepanjang keberadaan tetamu-tetamu Program Sekolah Tunas Hijau di sekolah pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pasukan Tunas Hijau kepada delegasi yang hadir bagi melihat hasil kreativiti dan inovasi pasukan Tunas Hijau dan komander SMK Pengkalan Aur. Antaranya seperti mempersembahkan hasil kerja mereka, menunjukkan pencapaian dan projek yang telah mereka hasilkan. Mereka juga dengan bangga memperlihatkan ruang khas Tunas Hijau yang telah dihias dengan indah, menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan perbincangan sepanjang program berlangsung.
Menurut Puan Saripah Ishak, Pengetua SMK Pengkalan Aur, usaha terkini sekolah dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan menghentikan penggunaan penyedut minuman dan dalam usaha untuk menghentikan penggunaan plastik sekali guna yang lain. Langkah ini merupakan inisiatif proaktif sekolah dalam menyokong amalan hijau dan pengurangan penggunaan bahan plastik sekali guna di persekitaran sekolah. Keputusan ini diterima dengan baik oleh murid dan warga sekolah yang lain sebagai langkah penting dalam menjaga alam sekitar serta menggalakkan kelestarian alam dalam kalangan masyarakat sekolah.
Turut hadir pada sesi kunjungan ini dan meraikan warga SMK Pengkalan Aur ialah Dr. Nurul Muiz Murad, Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Hijau Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, Dr. Nor Haslan Nor Zaman, Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak, Sekretariat PSTH merangkap Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah selaku Tenaga Pakar Program Sekolah Tunas Hijau, Encik Hj Mohd Noor Rashid Kamaridi, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, daerah Larut Matang Dan Selama, Encik Osman Ibrahim, Penolong PPD Sektor Pembangunan Murid, daerah Larut Matang Dan Selama serta turut mengiringi tetamu-tetamu yang hadir ialah Puan Saripah Ishak, puan Pengetua bagi meraikan warga SMK Pengkalan Aur, Changkat Jering sebagai pemenang dalam Operasi Beta PSTH.
Diakhir majlis sesi lawatan kunjung bantu ini, sesi penyampaian hadiah diadakan kepada pasukan Tunas Hijau dan guru komander. Bagi Operasi Beta kali ini, Organisasi Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III - Perak memutuskan dengan memberikan hadiah seperti Sijil Pencapaian, Reload Pin TouchnGO dan Plaque kepada 18 orang ejen Pasukan Tunas Hijau dan dua (2) orang guru komander telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Hijau Malaysia sebagai penghargaan kepada sekolah dan ejen-ejen PSTH Fasa 3-Perak bagi SMK Pengkalan Aur, Changkat Jering. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi / Cik Nurul Adlin Huda Marpizan
Foto : Cik Nurul Adlin Huda Marpizan
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email :