CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN TUNAS HIJAU SMK RAJA CHULAN, PPD KINTA UTARA "JOHAN" DALAM PENCAPAIAN OPERASI ALPHA

KINTA UTARA, PERAK, 7 DISEMBER 2023 - Syabas dan tahniah kepada pasukan Tunas Hijau serta guru komander SMK Raja Chulan di kawasan PPD Kinta Utara di atas pencapaian dengan prestasi cemerlang dalam Operasi Alpha Program Sekolah Tunas Hijau. Pasukan Tunas Hijau SMK Raja Chulan dengan memperolehi tempat pertama (Johan) di antara 125 buah sekolah yang turut serta dalam Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak dan ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih pasukan Tunas Hijau serta guru komander dalam menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam operasi Alpha. Sepanjang keberadaan tetamu-tetamu Program Sekolah Tunas Hijau di sekolah pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pasukan Tunas Hijau kepada delegasi yang hadir bagi melihat hasil kreativiti dan inovasi pasukan Tunas Hijau dan komander SMK Raja Chulan. Antaranya seperti mempersembahkan hasil kerja mereka, menunjukkan pencapaian dan projek yang telah mereka hasilkan. Mereka juga dengan bangga memperlihatkan bilik khas Tunas Hijau yang telah dihias dengan indah, menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan perbincangan sepanjang program berlangsung. 



Menurut Encik Haji Jamil Dayan, Pengetua SMK Raja Chulan, usaha terkini sekolah dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan menghentikan penggunaan penyedut minuman dan dalam usaha untuk menghentikan penggunaan plastik sekali guna yang lain. Langkah ini merupakan inisiatif proaktif sekolah dalam menyokong amalan hijau dan pengurangan penggunaan bahan plastik sekali guna di persekitaran sekolah. Keputusan ini diterima dengan baik oleh murid dan warga sekolah yang lain sebagai langkah penting dalam menjaga alam sekitar serta menggalakkan kelestarian alam dalam kalangan masyarakat sekolah.

Turut hadir pada sesi kunjungan ini dan meraikan warga SMK Raja Chulan ialah Pengarah CGSS iaitu selaku Penyelaras CETREE iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, DR. Nor Haslan Nor Zaman, Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak, Pegawai PPD Pembangunan Murid Daerah Kinta Utara dan Sekretariat CETREE sebagai pemenang utama (Johan) dalam Operasi Alpha PSTH. Diakhir majlis sesi lawatan kunjung bantu ini, sesi penyampaian hadiah diadakan kepada pasukan Tunas Hijau dan guru komander. Kad hadiah Petronas Mesra bernilai RM50 diberikan kepada 18 orang ejen Pasukan Tunas Hijau dan dua (2) orang guru komander. Turut disampaikan adalah plak penghargaan kepada sekolah. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.

Teks : Suhairiza Suhaimi / Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin