CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN TUNAS HIJAU SMK RLKT LASAH, PPD KUALA KANGSAR DALAM PENCAPAIAN OPERASI ALPHA

KUALA KANGSAR, PERAK, 30 NOVEMBER 2023 - Syabas dan tahniah kepada pasukan Tunas Hijau serta guru komander SMK RLKT Lasah di kawasan PPD Kuala Kangsar di atas pencapaian dengan prestasi cemerlang dalam Operasi Alpha Program Sekolah Tunas Hijau. Pasukan Tunas Hijau SMK RLKT Lasah dengan memperolehi tempat ketiga di antara 125 buah sekolah yang turut serta dalam Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak dan ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih pasukan Tunas Hijau serta guru komander dalam menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam operasi Alpha. Sepanjang keberadaan pihak sekretariat di sekolah pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pasukan Tunas Hijau kepada delegasi yang hadir bagi melihat hasil kreativiti dan inovasi pasukan Tunas Hijau dan komander SMK RLKT Lasah. Antaranya seperti lawatan ke tapak pameran Tunas Hijau dan dibawa untuk melawat stesen membasuh pinggan dan cawan. Di sekolah ini, prinsip pengurangan penggunaan barangan pakai buang seperti cawan dan pinggan plastik ditekankan, terutamanya di kantin. Sebagai alternatif, terdapat satu stesen yang disediakan khas untuk murid membasuh sendiri pinggan dan cawan mereka setelah digunakan. Ini adalah satu inisiatif yang menekankan amalan hijau dalam kalangan murid, menyokong konsep penggunaan semula dan mengurangkan sisa plastik sekali guna di peringkat sekolah.

 

 

Sekretariat CETREE dan Pegawai Eksekutif Program Sekolah Tunas Hijau, Cik Farah Amira Zainudin telah hadir bersama-sama Encik Azman Mazlan, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak dan Encik Mohd Zaid Ismail, Timbalan PPD Pembangunan Murid Daerah Kuala Kangsar bagi meraikan warga SMK RLKT Lasah sebagai pemenang dalam Operasi Alpha PSTH. Diakhir majlis sesi lawatan kunjung bantu ini, sesi penyampaian hadiah diadakan kepada pasukan Tunas Hijau dan guru komander. Kad hadiah Petronas Mesra bernilai RM30 diberikan kepada 18 orang ejen Pasukan Tunas Hijau dan dua (2) orang guru komander. Turut disampaikan adalah plak penghargaan kepada sekolah. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.

Teks : Suhairiza Suhaimi / Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin