CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN TUNAS HIJAU SMK TROLAK SELATAN, PPD BATANG PADANG DALAM PENCAPAIAN OPERASI ALPHA

BATANG PADANG, PERAK, 29 NOVEMBER 2023 - Syabas dan tahniah kepada pasukan Tunas Hijau serta guru komander SMK Trolak Selatan, Felda Trolak Selatan di kawasan PPD Batang Padang di atas pencapaian dengan prestasi cemerlang dalam Operasi Alpha Program Sekolah Tunas Hijau. Pasukan Tunas Hijau SMK Trolak Selatan, Felda Trolak Selatan dengan memperolehi tempat kedua di antara 125 buah sekolah yang turut serta dalam Program Sekolah Tunas Hijau (PSTH) Fasa 3 – Perak dan ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha gigih pasukan Tunas Hijau serta guru komander dalam menyelesaikan misi-misi yang ditetapkan dalam operasi Alpha. Sepanjang keberadaan pihak sekretariat di sekolah pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pasukan Tunas Hijau kepada delegasi yang hadir bagi melihat hasil kreativiti dan inovasi pasukan Tunas Hijau dan komander SMK Trolak Selatan, Felda Trolak Selatan. Antaranya seperti pusat pengumpulan sisa plastik yang bertujuan untuk menggalakkan warga sekolah agar aktif mengumpulkan sisa plastik sekali guna. Usaha ini dilakukan dengan harapan sisa plastik yang terkumpul dapat dikitar ataupun digunakan semula, memberikan sumbangan yang bererti dalam usaha kelestarian alam.

Sekretariat CETREE dan Ketua Sekretariat CETREE selaku Pegawai Eksekutif Program Sekolah Tunas Hijau, Encik Syafiq Saifullah Azmi telah hadir bersama-sama Encik Mohd E’fa Khadri, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Perak dan Encik Mohd Zaid Ismail, Penolong, PPD Sektor Pembangunan Murid, daerah Batang Padang bagi meraikan warga SMK Trolak Selatan, Felda Trolak Selatan sebagai pemenang dalam Operasi Alpha PSTH. Diakhir majlis sesi lawatan kunjung bantu ini, sesi penyampaian hadiah diadakan kepada pasukan Tunas Hijau dan guru komander. Kad hadiah Petronas Mesra bernilai RM40 diberikan kepada 18 orang ejen Pasukan Tunas Hijau dan dua (2) orang guru komander. Turut disampaikan adalah plak penghargaan kepada sekolah. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama – sama tetamu yang hadir.

Teks : Suhairiza Suhaimi / Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin