CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • PERKAMPUNGAN SAINS DAN TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2013

PERKAMPUNGAN SAINS DAN TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2013

BELAGA, SARAWAK - Program Perkampungan Sains 2013 dirangka bagi memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar terutama pelajar-pelajar sekolah yang kurang berkemampuan bagi mempelajari sains dan teknologi hijau melalui aktiviti-aktiviti interaktif dan Hands On. Program khidmat masyarakat ini juga bertujuan membina satu masyarakat berbudaya sains dan berteknologi hijau ke arah budaya yang menyokong perubahan positif melalui suasana dan persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk mengembangkan inovasi, penciptaan dan kelestarian untuk hari esok.    

dbea

Program ini merupakan hasil usahasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bersama Unit Jangkau Luar, Pusat Sains Negara (PSN) dalam mewujudkan modul program pendidikan bertemakan Teknologi Hijau. Pelaksanaannya telah dijalankan di Uma Juman, Sungai Asap, Belaga, Sarawak pada pertengahan bulaN Jun 2013 melibatkan kehadiran seramai 100 orang pelajar dari SMK Bakun dan SMK Belaga. Tidak ketinggalan, sebahagian komuniti Uma Juman, Sungai Asap juga terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti sampingan yang disusun sepanjang perjalanan Program Perkampungan Sains ini. Tempoh selama 4 hari 3 malam telah berjaya menarik minat para peserta yang mengambil bahagian. Ini dapat dilihat melalui skill kemahiran kreatif dan inovatif yang ditonjolkan dalam tugasan-tugasan yang diberi. 

Antara pengisian program yang disusun merangkumi sesi penerangan mengenai sektor-sektor bidang Teknologi Hijau bertujuan memberi gambaran serta hubungkait  dalam kehidupan seharian, Aktiviti 3R - peserta diminta menghasilkan kincir angin dan kincir air menggunakan gabungan bahan-bahan terpakai, Aktiviti Kecekapan Tenaga – aktiviti yang berkait dengan penyambungan litar ringkas dan panduan mengenai kecekapan tenaga, Aktiviti bangunan Hijau – pembinaan bangunan yang berciri-cirikan smart building, Kenderaan Lestari – merekacipta sebuah kenderaan bergerak menggunkaan daya elastik (getah),Aktiviti Xplorerace – berupa aktiviti treasure hunt dimana pembelajaran sains dan teknologi hijau dipelajari semasa berada di stesen checkpoint yang ditempatkan di seluruh kawasan Uma Juman, Persembahan peserta – menggabungkan semua sektor - sektor teknologi hijau yang telah dipelajari dan diterjemahkan dalam satu model bandar Teknologi Hijau dan dipersembahkan.

                    cf

Kesimpulannya, program yang telah dijalankan memberi impak yang besar kepada peserta dalam menghayati dan menghargai bidang Sains dan Teknologi Hijau. Secara tidak langsung ia memberi pemahaman dalam menghubungkait dengan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.