GELUGOR, PULAU PINANG, 6 APRIL 2023 – Satu lawatan dan kunjungan telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) ke Universiti Sains Malaysia. Tujuan utama lawatan ini merupakan fokus utama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) ke CETREE bagi berkongsi dan mendalami ilmu berfokuskan kepada Tenaga & Teknologi Hijau yang diimplementasikan oleh CETREE kepada Sekolah, IPT dan Komuniti seluruh Malaysia. Turut sama hadir bersama 25 orang pegawai STEM Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) ke CETREE ialah En Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, JPN Kedah. Manakala CETREE diketuai oleh Dr. Mohd Sukri Shafie, Pegawai Penyelidik Kanan, CETREE sebagai penceramah dengan memberikan sedikit perkongsian ilmu berkaitan Tenaga & Teknologi Hijau kepada delegasi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).
Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi