LATIHAN PENGALAMAN PETRONAS KALI KE-3 - BENGKEL PELEPASAN SIFAR BERSIH PSDC-USM: MENINGKATKAN KAPASITI DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN UNTUK PEMBUAT DASAR MENGENAI PERUBAHAN IKLIM
BAYAN LEPAS, PULAU PINANG, 2-3 OGOS 2023 – CETREE bersama pensyarah kanan Pusat Kelestarian Global (CGSS) menerokai bidang latihan dan perkongsian ilmu dalam makmal berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari kepada pegawai-pegawai daripada syarikat terkemuka petroleum Malaysia (PETRONAS). Makmal ini telah dijalankan di Penang Skills Development Centre (PSDC) selama 2 hari. Tujuan utama makmal ini adalah untuk memberikan pengalaman pembelajaran kepada pegawai-pegawai daripada PETRONAS Malaysia. Tema makmal tersebut merupakan 3rd Petronas Experiential Learning - Net Zero Training Workshop.
Makmal ini bukan sahaja memfokuskan kepada pendidikan dan latihan teknikal mengenai pelepasan sifar bersih, tetapi juga menyediakan penglibatan langsung dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti, memberikan pendidikan umum, serta membina kemahiran tambahan dalam kalangan pembuat dasar dan pembuat undang-undang mengenai perubahan iklim. Inisiatif ini bertujuan untuk membina kesedaran dan pemahaman mendalam tentang pentingnya kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan perindustrian.
Perkongsian dalam makmal ini mendapat reaksi yang positif daripada peserta-peserta dengan pelbagai cadangan, sesi maklum balas dapat dibincangkan bagi membantu menjayakan makmal ini dengan jayanya dan megharapkan perkongsian tersebut dapat disampaikan keseluruh warga staf induk PETRONAS Malaysia kelak. Makmal ini merupakan jemputan khas daripada PSDC bagi memberikan latihan dan perkongsian ilmu dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr.Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah CGSS merangkap Penyelaras CETREE, Dr. Suzyrman Sibly, Pensyarah CGSS dan Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik Kanan, CETREE.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Dr. Mohd Sukri Shafie / Sekretariat Net Zero Training Workshop PSDC