USM PULAU PINANG, 21 April 2025 – Satu Mesyuarat Perancangan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, CETREE, CGSS, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Mesyuarat ini merupakan sesi pre council yang diadakan bagi membincangkan perancangan aktiviti terdekat program berkenaan. Pelaksanaan ini akan melibatkan baki 104 buah sekolah menengah di negeri Perak, terdiri daripada 82 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Harian dan 22 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program ini dijadualkan bermula pada Mac 2025 sehingga Februari 2027.
Mesyuarat ini telah melibatkan kehadiran beberapa pegawai kanan daripada pelbagai agensi, sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. Antara yang menyertai secara dalam talian ialah Puan Shahrinaz Maamor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Puan Nor Hana Mohamad Rosli, Eksekutif Kanan, Strategi Korporat, Yayasan Hijau Malaysia, dan Encik Mohd E’fa Khadri, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sementara itu, wakil yang hadir secara fizikal termasuklah Encik Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Penyelidik Kanan CETREE, CGSS, Universiti Sains Malaysia. Mesyuarat ini turut disertai oleh Sekretariat Induk Program Sekolah Tunas Hijau.
Beberapa perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat ini, antaranya ialah:
- Penetapan tarikh bagi Mesyuarat bersama Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Sektor Pendidikan Islam
- Penetapan tarikh bagi Mesyuarat Pemandu Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2)
- Pelaksanaan Makmal Tunas Hijau bersama Guru Pembimbing.
Secara keseluruhannya, mesyuarat ini diadakan bagi memperkemas perancangan pelaksanaan program serta memastikan kelangsungan usaha memupuk budaya kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah di negeri Perak. Program ini diharap dapat memberi impak positif dan menjadi contoh terbaik dalam mengamalkan pengurusan sisa plastik secara sistematik di institusi pendidikan.
Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi