BAYAN LEPAS, PULAU PINANG, 7 - 8 OGOS 2023 - Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi (BJIM&KI) akan melaksanakan inisiatif Program pejabat hijau (Green Office @ USM) dan salah satu pengisian aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan mengadakan program latihan kepada Pegawai Kelestarian USM. Latihan ini bertujuan untuk memindahkan ilmu kemahiran penyeliaan berkesan agar kelestarian dapat diintegrasi ke dalam sistem tadbir urus bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang inovatif dan lestari.
Pelbagai tajuk dan penceramah melalui perkongsian ilmu ini dapat dikongsi bersama oleh pakar-pakar kelestarian yang terdapat di dalam USM. Antaranya seperti Dr. Normaliza Abdul Manaf, Konsep Asas Matlamat Pembangunan Lestari, Cik Nur Annisa Abdul Muttalib, Prinsip Perolehan Hijau, Prof. Madya Dr. Ng Theam Foo, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) Pengurusan Sisa, En. Mohd Hafizul Mohd Arof, Kesihatan dan Keselamatan Staf dan En. Ahmad Wafi Sahedan, Penglibatan Staf dan Komuniti. Manakala CETREE pula tidak terkecuali bagi menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan tajuk Kecekapan Sumber yang di sampaikan oleh Dr. Mohd Sukri Shafie. Sambutan dan sesi soal jawab bersama peserta-peserta program amat menggalakkan dan positif kepada pihak BJIM&KI kerana ia dapat memberikan input penambahbaikkan kepada pengisian program tersebut.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi (BJIM&KI) bagi memberikan ucapan aluan sekaligus merasmikan program yang berlangsung selama 2 hari di Hotel Eastin, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Dr. Mohd Sukri Shafie / Sekretariat BJIM&KI