CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM PENJIMATAN TENAGA DAN 3R DI HOSPITAL YAN, KEDAH

 43746921 551937911886641 3934395213723729920 o

YAN, 3 Oktober 2018 – Pengurusan Hospital Yan, Kedah dengan kerjasama Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) telah menganjurkan program Penjimatan Tenaga & 3R (Reuse, Reduce & Recycle) di Hospital Yan, Kedah pada 3 Oktober 2018 bertempat di perkarangan Hospital tersebut. Program yang berlangsung melibatkan seluruh warga hospital dan seluruh waris yang turut berkunjung dalam melakukan lawatan pesakit yang berada di Hospital Yan.

 43696215 551938751886557 7864740372071579648 o

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah kerana untuk memahami dan meningkatkan lagi kefahaman berkenaan aktiviti pengurusan tenaga secara cekap; mendekatkan lagi staf Hospital Yan dengan akitiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah “Sustainability Programme”; dan memberi pendedahan kepada staf hospital berkaitan kepentingan pengurusan tenaga dan aktiviti kitar semula terutama kepada hospital khususnya dan alam sekitar secara amnya.

 43756462 551938021886630 5560712128274366464 o

Beberapa pengisian dan aktiviti menarik telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya seperti cabutan bertuah, pertandingan mewarna bagi anak staf warga Hospital Yan, pertandingan rekacipta logo dan banner, pertandingan penjimatan tenaga bagi setiap unit yang terdapat di Hospital Yan, pameran dan ceramah daripada AJK Penjimatan Tenaga & 3R Hospital Yan, Jabatan Alam Sekitar, E-idaman Group of Companies, Suruhanjaya Tenaga Cawangan Utara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp Malaysia) Cawangan Utara dan CETREE, USM melalui Unit Pameran Bergeraknya.

 IMG 20181003 WA0018

Turut diserikan lagi dengan kehadiran Dr. Mithali Abdullah, Pengarah Hospital Yan yang mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Dr. Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah bagi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang sekaligus merasmikan upacara penutup bagi Program Penjimatan tenaga & 3R Hospital Yan tahun 2018.

 43787776 551938471886585 3820508039836860416 o

Kehadiran  Dato’ Dr. Norhizan Ismail, ternyata menaikkan semangat seluruh warga staf Hospital Yan yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut untuk terus komited mengamalkan budaya penjimatan tenaga dan 3R (Reuse, Reduce & Recycle) yang bersifat kehijauan sekaligus membantu kerajaan amnya dan hospital-hospital kerajaan di negeri Kedah dengan merealisasikannya kefahaman masyarakat berkaitan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian.

Dato’ Dr. Norhizan Ismail dalam ucapannya turut menyuarakan hasrat untuk melihat seluruh warga Hospital Yan mengambil peluang dan bersyukur kerana diberikan peluang mengetahui tentang ilmu yang berkaitan penjimatan tenaga dan 3R (Reuse, Reduce & Recycle) seterusnya mewujudkan rasa lebih gembira dan lebih berinovasi dan kreatif dalam kalangan staf-staf dan seluruh warga di setiap unit masing-masing.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Hazwan Hafiz Abdul Halim

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.