PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR & MASYARAKAT SETEMPAT (OUTREACH BALIK PULAU)
BALIK PULAU, PULAU PINANG, 24 Januari 2022 – Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai, USM telah menganjurkan program Outreach Balik Pulau pada 21-22 Januari 2022 bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang. Program bertujuan menghebahkan pelajar dan masyarakat setempat berkaitan permohonan kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), skim latihan, pinjaman kewangan pelajaran (Biasiswa), keselamatan dan kelestarian turut diketengahkan kepada pengunjung yang hadir melalui pameran dan aktiviti dari agensi – agensi yang terlibat.
Outreach Balik Pulau merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang sejak tahun 2021. Namun akibat kekangan keadaan wabak Covid-19 yang melanda negara Malaysia dan ia terpaksa ditangguhkan serta dilaksanakan pada tahun 2022. Dapat dilihat, sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh masyarakat setempat yang turut sama memeriahkan sepanjang dua hari program berlangsung
Pelbagai pengisian program yang telah dirancang sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya sesi Taklimat berkaitan UPU dan IPT, chit-chat Mahasiswa serta pameran dari Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), USM, Pra-Universiti, USM, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, Pusat Kajian Kelestarian Global (CETREE, CGSS), Politeknik Balik Pulau, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), MAHSA University, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Komuniti Pulau Pinang, Penang Skills Development Centre (PSDC),Pejabat PTPTN Cawangan Bayan Baru, Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Balik Pulau dan Pusat Sejahtera, USM.
Outreach Balik Pulau dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Faisal Rafiq bin Mahamd Adikan, Naib Canselor USM. Program tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Encik Wahi bin Nordin, Pengarah, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr. Narimah binti Samat, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBrs. Prof. Dr. Aldrin bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni serta Dr. Musa bin Ali, Pendaftar,USM.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE, CGSS