CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM RECYCLING EDUCATION TOUR BERSAMA SYARIKAT ESH RESOURCE MANAGEMENT SDN. BHD.

JURU, PULAU PINANG, 15 APRIL 2023 – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) telah menyertai program Recycling Education Tour bersama Syarikat ESH Resource Management Sdn. Bhd. anjuran Tzu Chi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia melalui CGSS yang bertempat di Kawasan perindustrian Bukit Minyak, Juru, Pulau Pinang. Antara pengisian sepanjang lawatan pembelajaran ini adalah penerangan berkaitan jenis-jenis pengkelasan barang terpakai yang di kumpul di kilang tersebut, sesi soal jawab dan perkongsian ilmu oleh pegawai oleh Syarikat ESH Resource Management Sdn. Bhd. serta diakhiri dengan sesi bergambar.

Turut sama menjayakan program tersebut ialah Prof. Madya Dr. Ng Theam Foo, Pensyarah Kanan dan Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE yang mewakili Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dan empat orang sekretariat CETREE iaitu Encik Syafiq Saifullah Azmi, Encik Mohd Rodzi Abd. Razak, Cik Suhairiza Suhaimi sebagai tanda sokongan dengan membantu memberikan kesedaran, ilmu dan menyokong usaha murni pihak NGO-NGO dan industri-industri dalam pemprosesan barang terpakai seperti ESH Resource Management Sdn. Bhd. Dalam masa yang sama, lawatan ini turut diserikan dengan kehadiran Mr.Lim, CEO Syarikat ESH Resource Management Sdn. Bhd. bagi memberikan penerangan dan pendedahan sebenar perjalanan proses pengoperasian syarikat ESH dalam bidang kitaran semula barang-barang terpakai.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.