CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU FASA-3 , PERAK TAHUN 2023 - 
“KE ARAH SIFAR PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH”

IPOH, PERAK, 11 JUN 2023 – Tahun 2023, merupakan fasa III bagi CETREE, CGSS, Universiti Sains Malaysia menyampaikan hasrat dan selari dengan seruan kerajaan persekutuan dalam memberikan kesedaran kepada murid-murid sekolah di seluruh 12 daerah yang terdapat dalam negeri Perak dengan mengadakan Program Sekolah Tunas Hijau peringkat negeri. Di mana untuk Fasa 1 telah berjaya diadakan di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor manakala fasa 2 telah berjaya diadakan di negeri Kedah dengan tema “Ke Arah Pembentukan Amalan Hijau di Kalangan Warga Sekolah – Pengurusan Sisa Pepejal, Pengurusan Air dan Pengurusan Tenaga”. Manakala fasa 3 yang diadakan di negeri Perak ialah “Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna Dalam Kalangan Warga Sekolah”.

Program ini merupakan kerjasama diantara Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP), Yayasan Hijau Malaysia , CETREE, CGSS, Universiti Sains Malaysia sebagai agensi pelaksana dan disokong oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai sokongan penajaan bagi menjayakan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III, Perak. Program ini berlangsung selama sehari bertempat di Royal Perak Golf Club, Ipoh, Perak, di mana perkongsiaan ilmu daripada tenaga pengajar pakar, Universiti Sains Malaysia juga dapat dilaksanakan kepada 250 orang guru,125 buah sekolah menengah terpilih dalam 12 daerah di negeri Perak.

Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III-Perak turut dihadiri oleh YBHG. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (NRECC) sebagai perasmi program tersebut. Program ini diketuai oleh Dr. Mohd Sukri Shafie selaku ketua projek bagi Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III- Perak yang akan mengambil masa selama dua tahun sehingga tahun 2025. Tujuan utama program adalah untuk memperkasakan, pengetahuan, kesedaran dan amalan guru serta murid berkaitan sisa plastik dan kaedah terbaik untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna di sekolah.

Program ini diserikan lagi dengan pertunjukkan persembahan ejen-ejen pembasmi plastik sekali guna melawan duras yang merupakan watak utama dalam program yang menggunakan format gamifikasi yang diterajui oleh Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, JPN Kedah dan Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN Perak sebagai teknikal bersama.

Diakhir majlis ini, sesi pemberian cenderahati diantara YBHG. Dato' bersama Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, JPN Perak dan bergambar bersama guru-guru yang hadir. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Prof. Madya Dr. Mohd Wira bin Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, Puan Ivy binti Abdullah, Ketua Sektor Alam Sekitar, Yayasan Hasanah dan Dr. Rafidah binti Abd. Rashid, Ketua Bahagian Pengurusan Projek, Yayasan Hijau Malaysia.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.