GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 9 APRIL 2023 – Kejohanan peringkat dunia telah berjaya dilaksanakan oleh NGO The Tzu Chi yang bertempat di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang bertuah kerana dipercayai dan diberikan sokongan sebagai pengajur bagi program The Tzu Chi Enviromental Disaster Prevention Warriors Competition E-Sports World Cup II Final Round. Kejohanan ini berlangsung selama 1 hari di Penang Jing Si Hall, Jalan Macalister, Pulau Pinang melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar sukarelawan yang berminat untuk menyertainya. Kejohanan ini merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak antaranya NGO Tzu Chi dari Buddhist Tzu Chi Foundation di Malaysia, Singapore, Indonesia, Canada dan United State. Tujuan utama program ini dijalanakan adalah untuk sama-sama memberikan sokongan dengan menyertai pertandingan secara dalam talian yang dianjurkan ini sekaligus memberikan kesedaran dan mempelajari ilmu berkaitan pencegahan bencana alam.
Program ini merupakan usaha murni NGO-NGO berkaitan kelestarian di negara Malaysia seperti Tzu Chi di mana dapat menganjurkan pertandingan berstatus peringkat dunia. Turut sama menjayakan program ini ialah Prof. Madya Dr. Ng Theam Foo, Pensyarah Kanan dan Dr. Mohd Sukri Shafie, Pegawai Penyelidik Kanan, CETREE yang mewakili Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) sebagai tanda sokongan dengan membantu menyemarakkan ilmu dan menyokong usaha murni pihak NGO-NGO yang ingin memimpin dan berkongsi ilmu dalam memberikan kesedaran berkaitan alam sekitar. Turut juga mendapat sokongan daripada Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Penang Green Council, Pengarah Eksekutif Po-Wen Yen dari Buddhist Tzu Chi Charity Foundation, Prof Ping-Cheng Ye daripada NIO Inc dan ahli Tzu Chi dari Buddhist Tzu Chi Foundation di Malaysia, Singapore, Indonesia, Canada dan United State.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Dr. Mohd Sukri Shafie