PROGRAM UNIMAKER BOOTCAMP 2018 MAKEATHON
USM, PULAU PINANG, 24 September 2018 – Jabatan Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai tuan rumah bagi Zon Utara telah menganjurkan Pertandingan Makeathon yang bertemakan “Unimaker 2018 : Towards National 4th Industrial Revolution”. Program yang berlangsung selama sehari pada 22 September bertempat di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM. Program ini juga telah mendapat impak penyertaan yang sangat memberangsangkan. Ini kerana penyertaan adalah secara terbuka kepada pelajar siswazah dan pascasiswazah dari institut pengajian tinggi awam dan swasta dari zon utara.
Program ini merupakan pertandingan membangunkan inovasi/teknologi untuk tujuan penghasilan idea-idea inovasi dan penyelesaian inovatif kea rah pembentukan teknologi baru yang berteraskan Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).
Di samping kemeriahan pertandingan dijalankan pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah pilihan turut sama dijemput bagi memeriahkan program dengan mengambil bahagian sebagai peserta pameran.
Turut diserikan lagi dengan kehadiran Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi USM bagi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan tersebut.
Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi