CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

SCIENCE TECHNOLOGY EDUCATION FESTIVAL (SCITECH2017)

SHAH ALAM, 5 April 2017 - Science Technology Education Festival (SCITECH2017) telah berlansung dengan jayanya bermula 3-4 April 2017 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Induk di Shah Alam, Selangor. Program ini telah memberi pendedahan kepada murid sekolah menengah yang merupakan peserta pertandingan tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai ‘STEM Education’. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kerajaan melalui ‘Malaysian Industry-Government Group for High Technology, (MIGHT) telah melancarkan inisiatif pengukuhan Sains di negara ini melalui ‘Science to Action’ atau S2A. S2A telah pun dilancarkan dalam memastikan penguasaan ilmu Sains dikalangan rakyat Malaysia melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) ke arah negara maju 2020.

20170403 124754

Program ini memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi serta murid sekolah untuk melibatkan diri dalam pengukuhan ‘STEM Education’. Jawatankuasa pelaksana induk SCITECH 2017 merupakan mahasiswa dan mahasiswi daripada Fakulti Pendidikan UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor bersama-sama pihak Malaysian Industry-Government Group for High Technology, (MIGHT) dan agensi-agensi kerajaan seperti CETREE, MOSTI, Planetarium Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan berbentuk S2A selain mendokong hasrat kerajaan Malaysia dalam memastikan pengukuhan Sains di Negara ini dapat dijayakan.

20170403 112310

Pelbagai pengisian dan acara telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar seperti bengkel pengukuhan Sains, seminar dan pameran pendidikan Sains selain aktiviti berbentuk pertandingan yang melibatkan murid sekolah diseluruh Malaysia. Sebanyak 5 pertandingan utama seperti Kereta & Bot Solar, Roket Air, Drama Sains, Kapal Terbang Kertas dan Rekacipta & Inovasi telah dipertandingkan dalam merebut hadiah lumayan dan sebuah piala pusingan melalui kiraan mata tertinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi

20170403 150519

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.