SEJAHTERA GREEN CARNIVAL & WALKING FOOTBALL COMPETITION 2018
BUTTERWORTH, 1 November 2018 – Regional Sejahtera ESSD Network (RSEN) telah menganjurkan Karnival “Sejahtera Green Carnival & Walking Football Competition 2018 ” pada 31 Oktober 2018 bertempat di SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.
Karnival ini dikelolakan oleh Regional Centre of Expertise Penang (RCE Penang) dengan kerjasama SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang. Tema yang dipilih berfokuskan kepada Sustainable Development Goal (SDG)6: Clean Water and Sanitation dan Sustainable Development Goal (SDG)13: Climate Action. Karnival yang berlangsung itu telah melibatkan 16 buah agensi kerajaan dan swasta dan 4 buah sekolah menengah terpilih di kawasan zon utara semenanjung Malaysia serta sekolah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Objektif karnival yang dianjurkan ini merupakan platform untuk ahli-ahli RSEN untuk berkumpul, berkongsi dan menyebarkan idea-idea, maklumat dan usaha-usaha kelestarian yang telah dijalankan oleh rakan-rakan RSEN dan juga pelbagai komuniti setempat.
Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival itu diadakan seperti sesi perkongsian ilmu daripada Prof. Emeritus Tan Sri Dato 'Dzulkifli Abdul Razak, mantan Naib Canselor USM kepada para pengunjung yang hadir, pameran Teknologi Hijau dan berkaitan kelestarian oleh CETREE, USM, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Jabatan Taman Botani Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Water Watch Penang, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia, WWF-Malaysia, pemeriksaan Kesihatan Kampus Sejahtera USM, dan gerai jualan kelab dan persatuan SMK Permatang Tok Jaya.
Pameran CETREE yang diadakan berhampiran perkarangan dewan terbuka SMK Permatang Tok Jaya telah dijalankan bermula 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. Pameran ini bertujuan bagi memberi maklumat dan pendedahan tentang Teknologi Hijau dan Tenaga Boleh Baharu serta Kecekapan Tenaga kepada murid dan semua warga yang terlibat dengan karnival tersebut. Pelbagai kit hands on dipamerkan di dalam Unit Pameran Bergerak (UPB), CETREE antaranya adalah kiosk kecekapan tenaga, kiosk kincir angin dan kiosk berkaitan tenaga solar. Pameran CETREE ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung yang hadir .
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Mohd Hazwan Abdul Halim