Buat julung kalinya Festival Teknologi Hijau & STEM-Biodiversiti secara dalam talian peringkat Kebangsaan tahun 2022 dengan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa sebagai penganjur telah berlangsung dengan jayanya walaupun penjuriannya dibuat secara maya. Penyertaan daripada semua murid-murid daripada seluruh negara yang menyertai, sangat membanggakan walaupun ia merupakan pertandingan secara maya. Sebanyak 7 kategori yang dipertandingkan sepanjang tempoh 6 bulan festival ini berlangsung. Antara seperti Pertandingan RekaBentuk Bandar Teknologi Hijau (Sekolah Menengah), Pertandingan Inovasi Teknologi Hijau (Rendah & Menengah), Pertandingan Gamifikasi (Rendah & Menengah), Kuiz STEM-Biodiversiti dan Kuiz Kecekapan Tenaga (Rendah).
Hasil daripada musim pertama festival ini dilaksanakan, pelbagai cadangan penambahbaikkan dapat diambil sebagai panduan kepada pihak jawatankuasa festival kerana bermula tahun 2023 CETREE dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan cuba mempertingkat dan menghasilkan penambahbaikkan bagi merealisasikan hasrat dan impian murid - murid seluruh negara sekaligus menarik minat dalam menceburi bidang STEM di masa akan datang. Secara tidak langsung ia selari dengan visi dan misi CETREE dalam menyebar dan memindahkan ilmu serta mewujudkan kesedaran berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau menerusi aktiviti pendidikan dan latihan kepada kumpulan sasaran yang merangkumi sekolah - sekolah di Malaysia.
Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat Festival Teknologi Hijau & STEM-Biodiversiti 2022