CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG - PEMENANG FESTIVAL TEKNOLOGI HIJAU & STEM-BIODIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2023

 

Tahun kedua Festival Teknologi Hijau & STEM-Biodiversiti secara dalam talian peringkat Kebangsaan tahun 2023 dengan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) sebagai penganjur serta secretariat bersama telah berlangsung dengan jayanya walaupun penjuriannya dibuat secara maya. Peningkatan penyertaan yang tinggi pada tahun 2023 seramai daripada semua murid-murid daripada seluruh negara yang menyertai, sangat membanggakan walaupun ia merupakan pertandingan secara maya. Sebanyak 6 kategori yang dipertandingkan sepanjang tempoh 5 bulan festival ini berlangsung. Antara seperti Pertandingan Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau (Sekolah Menengah), Pertandingan Inovasi Teknologi Hijau (Rendah & Menengah), Pertandingan Gamifikasi Teknologi Hijau (Rendah & Menengah), Kuiz Teknologi Hijau (Sekolah Menengah), Kuiz STEM-Biodiversiti (Sekolah Menengah) dan Kuiz Kecekapan Tenaga (Rendah).

 

Perincian penyertaan yang positif dapat diambilkira dan makluman awal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), di mana murid-murid sekolah pada masa kini amat memerlukan aktiviti-aktiviti hand’s on, secara digital (alam maya) dan di luar bilik darjah sekaligus menarik minat murid-murid kearah pendidikan dan latihan berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau. Antaranya dengan perician penyertaan yang telah dikenalpasti oleh sekretariat festival ialah dengan Pertandingan Inovasi Teknologi Hijau (Rendah & Menengah) seramai 176 pasukan, Pertandingan Gamifikasi Teknologi Hijau (Rendah & Menengah) seramai 151 pasukan, Pertandingan Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau (Sekolah Menengah) seramai 231 pasukan, Kuiz Teknologi Hijau (Sekolah Menengah) seramai  63, 730 orang murid, Kuiz STEM-Biodiversiti (Sekolah Menengah) seramai 6402 orang murid dan Kuiz Kecekapan Tenaga (Rendah) seramai 43, 469 orang murid. Selain itu juga, dengan penyertaan murid dalam festival ini Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan pengiktirafan pelibatan 1 dan pencapaian peringkat kebangsaan (PAJSK) melalui markah kokurikulum murid – murid yang berjaya mencapai tahap yang ditetapkan oleh KPM.

 

 

Penyebaran berkaitan festival ini dan pertambahan penyertaan pada kedua amatlah mendapat impak yang postif kepada sekretariat Festival Teknologi Hijau & STEM-Biodiversiti secara dalam talian peringkat Kebangsaan. Pelbagai cadangan penambahbaikkan dapat diambil sebagai panduan kepada pihak jawatankuasa sekretariat festival kerana bermula tahun 2024 CETREE, CGSS, USM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan cuba mempertingkat dan menghasilkan penambahbaikkan bagi merealisasikan hasrat dan impian murid - murid seluruh negara sekaligus menarik minat dalam menceburi bidang STEM di masa akan datang. Secara tidak langsung ia selari dengan visi dan misi CETREE, CGSS, USM dalam menyebar dan memindahkan ilmu serta mewujudkan kesedaran berkaitan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau menerusi aktiviti pendidikan dan latihan kepada kumpulan sasaran yang merangkumi sekolah - sekolah di Malaysia. 

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin