CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019

TAKLIMAT DAN AGIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) TEKNOLOGI HIJAU (TH) TAHUN 2019

USM, PULAU PINANG, 1 Mac 2019 – Pelaksanaan Bengkel Training Of Trainers (TOT) Peringkat Negeri telah dilaksanakan dengan jayanya bagi beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia pada tahun 2018 bertempat di negeri masing-masing. Disamping itu juga, penggunaan Bahan bantu mengajar (BBM) Teknologi Hijau (TH) merupakan salah satu bahan sokongan dalam penyebaran ilmu TH di peringkat sekolah.

 WhatsApp Image 2019 02 20 at 4.31.09 PM

Lanjutan daripada pelaksanaan Bengkel Training Of Trainers (TOT) tersebut makmal dan penerangan ringkas berkaitan BBM TH kepada Jurulatih Utama Pakar (JUP) seluruh Malaysia bagi setiap negeri yang terlibat sebagai bahan sokongan dalam penyebaran ilmu TH di peringkat sekolah telah diadakan.

 WhatsApp Image 2019 03 26 at 3.21.31 PM 1

Objektif utama makmal ini adalah untuk melihat kembali pelaksanaan bengkel training of trainers (TOT) peringkat negeri yang telah dijalankan pada tahun 2018. Ini melibatkan juga beberapa maklum balas kekurangan serta kemajuan daripada sekolah-sekolah yang mempunyai JUP negeri yang telah melaksanakan bengkel TOT Modul TH di peringkat sekolah pada tahun 2018.

 WhatsApp Image 2019 02 20 at 4.28.18 PM

WhatsApp Image 2019 03 26 at 3.21.32 PM

Sehingga kini, 36 buah jumlah pengagihan BBM TH telah dilaksanakan kepada JUP negeri P.Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bermula pada 19hb sehingga 28hb Februari 2019. Makmal yang berlangsung selama sehari mempunyai intipati dan pengisian seperti sesi penerangan ringkas daripada Profesor Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus berkaitan cara pelaksanaan bahan bantu mengajar Teknologi Hijau, sesi penyerahan dan penerimaan set BBM TH.

 WhatsApp Image 2019 03 26 at 2.56.12 PM

 WhatsApp Image 2019 03 26 at 2.51.58 PM

WhatsApp Image 2019 02 20 at 4.28.55 PM

Setiap makmal yang diadakan, diserikan lagi dengan kehadiran wakil pegawai daripada Yayasan Hijau Malaysia bersama pegawai-pegawai JPN negeri masing-masing bagi melihat dan memantau cara pelaksanaan BBM TH serta memberi komen-komen yang membina kepada JUP negeri dalam pelaksanaan bengkel TOT Modul TH di sekolah masing-masing.Bengkel diakhiri dengan majlis penyerahan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Teknologi Hijau (TH) dan menjamu selera dengan jamuan ringan yang telah disediakan.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto : Sekretariat CETREE

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.