GELUGOR, PULAU PINANG, 12 OGOS – Satu taklimat telah diadakan bagi persiapan pelancaran Festival Teknologi Hijau dan STEM Biodiversiti Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2022. Tujuan utama taklimat ini dijalankan adalah untuk membincangkan hal ehwal penyelarasan program yang akan berlangsung pada tahun ini.
Taklimat ini membincangkan beberapa perkara antaranya penetapan syarat penyertaan bagi setiap peserta daripada kategori sekolah menengah dan sekolah rendah. Selain itu, ahli mesyuarat juga membincangkan berkenaan masalah teknikal yang berkemungkinan berlaku semasa pertandingan atas talian ini sedang berlangsung. Oleh itu, pelbagai alternatif dan solusi telah dikemukakan oleh ahli mesyuarat seperti diberikan masa tambahan kepada peserta yang mengalami gangguan internet, teguran akan diberikan kepada pasukan yang melakukan kesilapan muat naikkan video penyertaan dan sebagainya. Pihak CETREE juga turut terlibat dengan persiapan dan pelancaran Festival Teknologi Hijau dan STEM Biodiversiti ini dari segi persiapan teknikal, menyediakan tenaga kerja dan turut libat sama dalam perbincangan yang diadakan.
Tujuan utama festival ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan mengalakkan pengunaan meluas Teknologi Hijau dalam kalangan murid. Oleh itu, pelbagai pertandingan yang berteraskan Teknologi Hijau dan STEM Biodiversiti diwujudkan dalam festival ini, antaranya Inovasi Teknologi Hijau, Gamifikasi Teknologi Hijau, Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau dan Kuiz tentang Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga serta STEM Biodiversiti. Semua pertandingan yang diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan peserta bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau sekaligus meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa.
Antara pegawai yang hadir daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri ialah En. Mohamed Rusdan bin Maidin, Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN Pulau Pinang, En. Zuherly bin Zokapali, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Kedah, En. Arman bin Mohamad Tojid, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) JPN Pahang, Pn. Balqis binti Abdul Wahid, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Negeri Sembilan, Cik Norleen binti Kamardin, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pn. Fadzilah binti Rosdi, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Selangor. Taklimat ini juga dihadiri wakil Pejabat Pendidikan Daerah iaitu En. Khairil Azani bin Arzmi, Penolong Pegawai Pendidikan, Pembangunan Bakat Murid PPD Kuala Muda Yan. Wakil pihak penganjur juga turut serta dalam taklimat ini iaitu En. Izady bin Ibrahim daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Manakala yang hadir daripada pihak Universiti Sains Malaysia melibatkan Prof. Madya Dr Mohd Wira Mohd Shafiei, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Dr. Mohd Sukri Shafie, Ketua Pegawai Penyelidik CETREE, dan dua orang sekretariat CETREE iaitu En. Syafiq Saifullah Azmi dah En. Muhammad Aiman Lukqman Aizul Hisham.
Teks : Muhammad Aiman Luqman Aizul Hisham
Foto : Syafiq Saifullah Azmi
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email :