CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

TAKLIMAT PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI PERAK 

IPOH, PERAK, 29 MEI 2023 – Salah satu pendekatan yang telah dilaksanakan oleh CETREE dengan kerjasama Unit Pembangunan Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Perak kepada pegawai-pegawai Pendidikan Daerah, negeri Perak berkaitan program Sekolah Tunas Hijau Fasa III (PSTHF3) yang akan dilaksanakan pada bulan Julai di negeri Perak. Taklimat ini bertujuan bagi memberikan penerangan, perancangan dan pelaksanaan dengan lebih terperinci kepada pegawai yang terlibat secara langsung bagi membantu pihak CETREE dalam merealisasikan hasrat dengan memantau perjalanan program Sekolah Tunas Hijau sehingga mencapai kejayaan.

Dalam majlis taklimat tersebut, seramai 12 daerah daripada Pejabat Pendidikan Daerah negeri Perak hadir bagi memberikan komitmen yang tinggi menerima dan membantu merealisasikan hasrat CETREE dalam menjayakan program Sekolah Tunas Hijau Fasa III. Antaranya adalah Timbalan-timbalan PPD Pembangunan Murid dan Penolong-penolong PPD Bakat Murid seluruh daerah negeri Perak. Turut sama hadir menjayakan program ini ialah Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, CGSS, Dr. Nor Haslan Nor Zaman, Ketua Unit Pembangunan Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Dr. Mohd Sukri.Shafie, Ketua Projek, PSTHF3, Pn. Nor Hana Mohamad Rosli, Eksekutif Kanan, Yayasan Hijau Malaysia dan En.Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah, Pembangunan Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, merangkap Panel Penulis Modul PSTHF3.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.