CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

TALK SERIES BERSAMA SEKRETARIAT KLUSTER TENAGA, KAMPUS SEJAHTERA

GELUGOR, 28 November 2017 - Sekretariat Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi mengambil langkah pro aktif dalam mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan talk series tentang kecekapan tenaga kepada warga pelajar, USM. Talk series ini bertujuan dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada warga pelajar, USM berkaitan Kecekapan Tenaga dan Takrif Elektrik. 

 IMG 20171129 WA0007

Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) merupakan pusat yang bertanggungjawab membantu Sekretariat Kampus Sejahtera serta memberi kesedaran berkaitan Kecekapan Tenaga dan Takrif Elektrik kepada seluruh warga kampus.

 IMG 20171129 WA0013

Talk series yang disampaikan oleh Dr. Mohd Sukri Shafie, Pegawai Penyelidik Kanan CETREE dan dibantu bersama Encik Muhammad Amsyar Muzamuddin, Pelatih Siswazah berlangsung selama 2 jam bermula jam 8.30 malam bertempat Dewan Kuliah U, USM telah mendapat pelbagai maklumbalas positif yang diterima melalui sesi soal jawab bersama para pelajar USM berkaitan program yang dilaksanakan ini. Ilmu pengetahuan dan kesedaran secara tidak langsung dapat dipindahkan dalam diri para pelajar USM yang menghadiri program tersebut seperti yang telah di rancang pihak Sekretariat Kampus Sejahtera.Sekaligus dapat merealisasikan hasrat USM dalam saranannya kepada semua warga kampus agar mengamalkan penjimatan tenaga elektrik di USM.

Teks : Syafiq Saifullah Azmi
Foto: Sekretariat Kampus Sejahtera

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.