CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN HIJAU MALAYSIA

GELUGOR, PULAU PINANG 24 JANUARI 2024 – Sehari bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Hijau Malaysia , Yang Berusaha Dr. Muiz Murad di Centre for Global Sustainability Studies (CGSS) dalam program kunjungan hormat dan sesi perkongsi ilmu serta perancangan strategik berkaitan program-program kelestarian bersama kumpulan sasar seperti komuniti dan industri yang telah dilaksanakan oleh agensi Yayasan Hijau Malaysia (YHM) yang merupakan agensi dibawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRES) . Selain itu, Dr.Muiz turut berpeluang bertemu dan melakukan kunjungan hormat dengan pengurusan tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM), Naib Canselor USM, Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sebagai agensi dan rakan strategik yang telah terjalin dengan CETREE sejak tahun 2014 dalam menjayakan aktiviti serta program pembangunan murid-murid sekolah di seluruh Malaysia berkaitan kelestarian dan Teknologi Hijau. Turut sama-sama menjayakan program sepanjang sehari Dr.Muiz berada di USM ialah Penyelaras CETREE merangkap Pengarah CGSS, Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai penyelidik CGSS.

Teks / Foto : Syafiq Saifullah Azmi

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin