CETREE  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • MEDIA
  • BERITA / AKTIVITI
  • YAHIJAU MALAYSIA DENGAN KERJASAMA CETREE TELAH MELAKSANAKAN KEM SAINS YANG BERTEMAKAN TEKNOLOGI HIJAU DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2016

YAHIJAU MALAYSIA DENGAN KERJASAMA CETREE TELAH MELAKSANAKAN KEM SAINS YANG BERTEMAKAN TEKNOLOGI HIJAU DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2016

MINDEN, November 2016 - Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) telah merangka pelaksanaan program perkhemahan Kem Teknologi Hijau di seluruh Malaysia bagi tahun 2016.

14572325 218189325261503 9163144736175959433 n    15241337 235022760244826 2981061142595106531 n    15193429 235140280233074 5922684999280521560 n

Kem Teknologi Hijau ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah dan juga para guru mengenai kepentingan Sains bertemakan Teknologi Hijau melalui pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang bersifat mesra alam dan interaktif. Kem ini melibatkan 25 buah kem di seluruh Malaysia. Ianya disertai oleh sekolah-sekolah menengah terpilih seluruh daerah dalam siri jelajah seluruh Malaysia. Siri jelajah kem Teknologi Hijau bermula pada penghujung bulan Ogos sehingga penghujung bulan November 2016 di lokasi – lokasi tersebut :-

1- Kolej KEDA, Rimba Taqwa, Sik, Kedah Darul Aman (28-30 Ogos 2016 - Siri Negeri Kedah)

2- Rompin Beach Resort, Pahang (5-7 September 2016 - Siri Negeri Pahang)

3- Sungai Petani Inn, Kedah (5-7 September 2016 - Siri Negeri Pulau Pinang)

4- BDB Hotel Sdn. Bhd., Jitra, Kedah (19-21 September 2016 – Siri Negeri Kedah)

5- Mardiah Resort, Bintulu, Sarawak (27-29 September 2016 – Siri Negeri Sarawak)

6- Tasoh Lake Resort, Perlis (28-30 September 2016 – Siri Negeri Perlis)

7- Port Dickson Golf Club, Negeri Sembilan (4-6 Oktober 2016 – Siri Negeri Sembilan)

8- Institut Pendidikan Guru, Miri, Sarawak (4-6 Oktober 2016 – Siri Negeri Sarawak)

9- Hotel Seri Malaysia, Lawas, Sarawak (9-11 Oktober 2016 – Siri Negeri Sarawak)

10- Nilai Hotel, Negeri Sembilan (11-13 Oktober 2016 – Siri Negeri Selangor)

11- Kem PLKN Jaya Gemilang A Famosa, Melaka (11-13 Oktober 2016 – Siri Negeri Melaka)

12- Manis – Manis Resort, Keningau, Sabah (13-15 Oktober 2016 – Siri Negeri Sabah)

13- Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor (16-18 Oktober 2016 – Siri Negeri Johor)

14- Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor (18-20 Oktober 2016 – Siri Negeri Johor)

15- Permai Hotel, Terengganu (16-18 Oktober 2016 – Siri Negeri Terengganu)

16- Tandarason Resort, Tambunan, Sabah (18-20 Oktober 2016 – Siri Negeri Sabah)

17- Grand Kampar Hotel, Perak (21-23 Oktober 2016 – Siri Negeri Perak)

18- Sepilok Jungle Resort, Sandakan, Sabah (25-27 Oktober 2016 – Siri Negeri Sabah)

19- Masindung Resort, Papar, Sabah (31 Okt - 02 November 2016 – Siri Negeri Sabah)

20- Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah (13-15 November 2016 – Siri Negeri Sabah)

21- Kompleks Sukan Kuching, Sarawak (16-18 November 2016 – Siri Negeri Sarawak)

22- Putera Valley Resort, Tanah Merah, Kelantan (14-16 November 2016–Siri Negeri Kelantan)

23- Kompleks Rakan Muda, Raub, Pahang (14-16 November 2016–Siri Negeri Pahang)

24- Palm Beach Resort, Wilayah Persekutuan Labuan (21-13 November 2016 – Siri Negeri WP Labuan)

25- Nilai Hotel, Negeri Sembilan (23-25 November 2016 – Siri Negeri Selangor)

14641978 212171655863270 7425678231091471245 n

14650147 217184188695350 1398134864265792558 n    14702393 218186181928484 7072022994535987309 n    15220092 235605303519905 2698731774178038574 n

Di samping itu, pihak CETREE juga turut menganjurkan Program Pengauditan Hijau bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah terpilih seluruh daerah siri jelajah dalam negeri seluruh Malaysia. Bengkel Program Pengauditan Hijau telah dilaksanakan melibatkan hamper 1000 orang guru sekolah rendah dan menengah. Antara objektif program ini adalah mewujudkan kesedaran mengenai aktiviti hijau dalam kalangan warga sekolah dan mewujudkan penanda aras bagi program ‘Audit Hijau’ untuk sekolah rendah dan sekolah menengah terpilih di Malaysia.

14485065 207084669705302 4878993343934238824 n    14650232 217173452029757 4985077235383395649 n    14639874 223292634751172 1034089452938096877 n

Kesedaran terhadap keperluan pemeliharaan alam sekitar daripada kesan negatif penggunaan teknologi telah meningkat dalam kalangan warga sekolah. Namun begitu, tahap penglibatan sasaran sekolah dalam aktiviti-aktiviti Teknologi Hijau masih belum menyeluruh. Pada masa yang sama, masih ramai yang beranggapan bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja. Justeru itu, program pendidikan dan kesedaran seperti yang dilaksanakan oleh CETREE ini amatlah diperlukan bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap penjagaan alam sekitar terhadap isu-isu berkaitan.

20161011 134656

 

ca1ca1ca1ca1

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau, (CETREE), CGSS
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

Centre for Education and Training in Renewable Energy, Energy Efficiency & Green Technology (CETREE), CGSS
Level 5, Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia

Tel : 604 - 653 6730 / 6707 | Fax : 604 – 6535273 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | icon admin

  • Last Modified: Monday 28 October 2024.